Di dalam dua tulisan yang lepas, kita telah cuba menjelaskan tentang falsafah dan kerangka sebenar Tajdid atau pembaharuan. Tajdid dan para Mujaddid, iaitu mereka yang memikul amanah tugas ini, adalah sangat mulia dan terpuji kedudukannya dalam Islam jika betul fahamnya dan kena tempatnya.
Dengan penjelasan itu adalah diharapkan agar kita akan lebih mudah membezakan antara yang Tajdid hakiki dan yang sekadar dakwaan. Memang ada mereka yang mengaku dan mendakwa sebagai penggerak Tajdid sedangkan Tajdid yang hakiki tiada kena mengena dengan apa yang mereka gerakkan.
Bak kata pepatah Arab, “Mereka semua mendakwa sebagai kekasih Laila sedangkan Laila jauh daripada semua dakwaan itu!”.
Tanpa kerangka faham yang betul, orang awam sukar hendak membezakan antara yang hakiki dan yang dakwaan kerana kedua-duanya menggunakan ayat al-Quran dan hadis dalam hujjah mereka.
Kadang-kadang ayat dan hadis yang sama yang dipetik walaupun berlainan syarahnya. Pepatah mengenai Laila di atas pun biasa dipetik oleh Mujaddid dakwaan untuk menyerang mereka yang tidak sefahaman!
Oleh itu untuk keselamatan agama mereka, sangat penting bagi masyarakat awam berpegang dengan petua untuk membezakan antara Tajdid Hakiki dan Dakwaan.
Thursday, April 29, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Baiki iman, check sakit
Alkisahnya, maka dihantar lah satu jemaah dhaif untuk berusaha meningkatkan iman dan amal umat di sebuah surau untuk tiga hari sejak Jumaat lepas. Baiki, ubati iman amal yg lemah, sakit.
Surau At-Taqwa baru je siap... tapi jemaah dah dua kali masuk...lagi dan lagi nampaknye.
Arakian... berlangsung lah dgn berhempas pulas siang malam dlm bbrp program yg dilaksanakan hingga ada yg tersenguk2 dlm majlis taklim. Alhamdulillah dpt la jumpa sikit sebanyak umat.... umat dahagakan hidayat.
Tapi.... aisye...ehem ehem..
Bila ada free time, lain pulak dibuatnya, iaitu melakukan pemeriksaan dan rawatan kesihatan, al maklumlah kesedaran terhadap kesihatan zaman sekarang ni semakin tinggi, lagi pulak umur pun dah meningkat.
Jadi ada pulak sorang ahli jemaah membawa alat akipuntur elektronik maka macam orang yang mengantuk disorongkan bedding la sesetengah kami dibuatnya!Salah sorang ahli jemaah dicheck... kena tahan sbb makin serius penyakit tu, makin kuat signal sakit yg dirasai. Ada juga level yg boleh pilih... (sakit ooOOO).
Kalau akipuntur cina pakai jarum tajam, tapi yg ni modern punya, cuma kenakan muncung besi depan dia je kpd point-point pada tapak tangan dan sebelahnya untuk mengesan pelbagai penyakit.
Penyakit apa nak check? Kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, kolestrol, buah pinggang, tulang, kesihatan lelaki, semua boleh. (Tapi H1N1, HIV TAK boleh la...)
Selepas diperiksa, ada yg disahkan berpenyakit kencing manis dan ada ramai yg didapati berpotensi menghidap bbrp penyakit. Saya didapati berpotensi utk bbrpa penyakit.... ish ish....
Wednesday, April 21, 2010
Tajdid atau meruntuh?
MINGGU lepas, kita telah cuba memurnikan kefahaman tentang tajdid atau pembaharuan dalam Islam. Ia supaya kita tidak tersilap dalam memahami dan menghayatinya. Tersilap memahami tajdid dalam Islam bukannya perkara kecil kerana ia boleh membawa akibat yang besar.
Ia boleh menyebabkan seseorang itu menolak kesepakatan dan pandangan yang kuat dalam cabang-cabang utama agama akidah-syariah-akhlak.
Salah faham terhadap tajdid juga boleh mendorong seseorang itu memandang rendah, memperlekeh bahkan menghina tokoh-tokoh ulama pewaris Nabi SAW.
Di peringkat masyarakat dan umat pula, faham tajdid yang salah boleh menimbulkan perpecahan lantas melemahkan kekuatan dalaman dan jati diri umat. Suatu keadaan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang iri hati dengan Islam.
Ia boleh menyebabkan seseorang itu menolak kesepakatan dan pandangan yang kuat dalam cabang-cabang utama agama akidah-syariah-akhlak.
Salah faham terhadap tajdid juga boleh mendorong seseorang itu memandang rendah, memperlekeh bahkan menghina tokoh-tokoh ulama pewaris Nabi SAW.
Di peringkat masyarakat dan umat pula, faham tajdid yang salah boleh menimbulkan perpecahan lantas melemahkan kekuatan dalaman dan jati diri umat. Suatu keadaan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang iri hati dengan Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)



