Hari ni semua orang bercakap mengenai KPI yg bertujuan untuk meningkatkan prestasi. Lebih2 lagi kakitangan kerajaan.
Namun timbul persoalan iaitu bila diwujudkan KPI maka siapa pula yang diberi tanggungjawab untuk audit sama ada KPI itu betul2 tercapai atau tidak? Adakah perlu satu badan bebas untuk audit KPI jabatan-jabatan kerajaan ini? Contohnya pricewaterhousecoopers ke atau badan audit bebas antarabangsa atau tempatan. Perlukah?
Atau cukup jika menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk melakukannya dan diumumkan kepada rakyat secara tulus mulus?
Atau mungkinkah bila tiba waktunya, maka diumumkan semuanya okay dan baik-baik belaka. Mungkinkah begitu?
Apapun, usaha kerajaan mewujudkan KPI dan NKRA perlu dipuji untuk menambah baik keadaan sedia ada terutama dalam bidang yang memberi impak terus kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Usaha menambah baik ini selaras dengan kehendak agama bahawa, 'hari ini perlu lebih baik daripada semalam.'
Jika tidak begitu, kemungkinan besar kita akan tertinggal atau seolah-olah hilang daripada peta dunia! Atau tiba2 termasuk dalam kelompok negara mundur.
Secara jujurnya, respons kerajaan terhadap isu-isu yang meresahkan rakyat kalau diteliti adalah semakin baik. Mudah-mudahan apa yg dirancang menjadi kenyataan, insya-Allah.
Namun bagi sesebuah negara untuk berkesan dan meningkat prestasinya, ia tak tertakluk kepada sektor awam semata-mata, tetapi juga sektor swastanya.
Jadi, bagaimana pula sektor swasta?
Di pejabat aku, KPI mula diperkenalkan sebagaimana pihak swasta lain juga mula mewujudkan KPI.
Bagi aku ia amat baik, selain meningkatkan produktiviti, prestasi dan pencapaian, ia juga dapat membezakan siapa yang suka 'mengular' dan tak produktif untuk diambil tindakan mengubahnya kepada kebaikan. Kalau ia tak berhasil seperti matlamatnya maka lupakan saja KPI!
----------------------------------------------
Bercakap mengenai KPI, dan kita adalah pengguna internet yg boleh dikatakan aktif, maka, aku rasa syarikat telekomunikasi perlu mempunyai KPI juga. Atau mungkin mereka sudah ada. Dan antara indicator KPI yg perlu dicapai tentulah kepuasan pelanggan menggunakan barangan atau perkhidmatan.
Maknanya, pelanggan lah yg akan menjadi auditor kepada KPI produk dan servis mereka.
Tak pasti orang lain, tapi bagi aku, jika syarikat2 telekomunikasi ini sudah ada KPI, maka sudah tentu ia belum tercapai tahap sepatutnya kerana prestasinya masih ada yg rendah.
Banyak contohnya lah, misalnya, salah satunya mungkin dari sudut coverage jalur lebar yg ada kalanya bermasalah, tak konsisten.
Line terputus, tergendala, takde coverage, disconnect tak tentu pasal dan dll sudah menjadi lumrah. Ada bbrp kali, aku memberi komen di kala line yg asyik problem, terputus maka, bertindan-tindan lah komen yg diberikan pada blog sorang kawan tu. Boleh jadi hangin jugak kawan tu, maafkan aku!.
-----------------------------------------------
Sibuk2 check KPI orang, apa pulak KPI aku sendiri? Adakah takaza dapat disambut dan tuntutan disempurnakan? Hak-hak dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, jiran, rakan, seluruh umat dapat ditunaikan?
Bagaimana kerja-kerja tempatan? Memasukkan 6 perkara datang dalam kehidupan? Mengamalkan sunah. Mengikuti kehidupan sahabat r.hum.
Oooohhhh macam-macam lagi...
Yg barang pasti, KPI aku masih tak tercapai...masih jauh...
Saturday, January 30, 2010
Monday, January 25, 2010
Semoga dicucuri rahmat
Beberapa ketika kebelakangan ini, di Msia, ramai pulak golongan kenamaan yang dicabut nyawanya oleh malaikat maut.
Di syarikat tempat bekerja, ada juga rakan-rakan yang dulunya bergerak ke sana sini, tapi minggu lepas sudah tiada, terputus hubungan dengan alam duniawi ni.
Semga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 soleh.
------>Aku terkenangkan arwah ayah aku yang meninggal dunia pada awal 2001. Dia meninggal selepas arwah tangguh daripada khuruj fisabillah 40 hari dalam negeri.
Aku masih ingat, aku menghabiskan masa-masa terakhir bersama arwah. Walaupun badannya sudah tenat sakit, namun disebabkan kekuatan dalamannya, arwah masih menggagahkan diri ke masjid dan komited dgn amal-amalnya.
Beberapa hari sebelum arwah tiada, aku makan bersamanya. Dia mahu makan mi bandung, setelah semangkuk mi dihidangkan di depannya, dia memegang sudu, tapi sudu itu bergoyang-goyang kerana tangan kanannya sudah terketar-ketar menahan kesakitan. Mi bandung tu dirasanya hanya sesudu dua.
Walaupun tidak lama berkecimpung dalam usaha agama, namun kesan usaha yang dilakukannya, arwah ayah sungguh komited dalam kerja agama.
Arwah ayah orang yg biasa sahaja dari segi keduniaan, malah arwah tidak meninggalkan apa-apa harta kecuali telah cuba menanamkan kefahaman kepada kepada kami adik beradik, harta yang arwah mahu kami pusakai dan teruskan buat ialah usaha agama. Itu sahaja harta.
Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amin.

Thursday, January 21, 2010
Najib ke India
Masalah teknikal Ziarah76
Sebelum apa2 biar aku bagitau masalah blog ni. Aku pun keliru semacam je pada blog Ziarah76 ni. Sblm ni ada diberitahu oleh Zarzh bahawa kalau dia nak bukak Ziarah76 akan timbul masalah internet, contohnya tetiba timbul pop-up window yg entah dari mana datangnya, hingga ke tahap dia terpaksa tutup komputer. Sejak beberapa hari ni, aku sendiri nak bukak Ziarah76 pun susah. Baru bukak sekejap lepas tu keluar tulisan macam kat bawah nih:
Emmm... oleh kerana aku pun tak reti sgt pasal benda2 begini jadi aku assume mungkin pasal template yg dulu2 bertindan2 coding HTML tertentu, jadi solutionnya pakai template standard blogspot yg aku pakai sekarang. Tapi masalah masih ada. Kalau berlarutan aku rasa nak tutup je blog ni, atau mula buat blog lain atau terus pencen.
Entah... korang punya fikir macam mana? Mintak syor sikit....
--------------------------------------------------------------------------------------
PM, Najib dan India
Semalam, Perdana Menteri, Najib Tun Razak mula berada di India.
Berita mengenainya yang menarik nak dibaca ialah mengenai visa Mudahkan pengeluaran visa.
Mengikut laporan tu, ia adalah langkah kerajaan Msia utk memudahkan rakyat India mendapat visa untuk datang ke Malaysia atas sebab pelancongan dan perniagaan.
Mudah-mudahan kemudahan ini dimanfaatkan untuk jadi asbab kemajuan usaha dakwah di negara ini, bukan sekadar kelonggaran digunakan oleh orang India yang dtg ke Msia untuk bekerja di restoran mamak atau industri lain.
Contohnya, moga2 ia untuk kemudahan maulana-maulana dan orang tua-tua kita di Nizamuddin lebih kerap berkunjung ke Malaysia.
Para pendakwah zaman dulu datang ke nusantara dikatakan para pedagang yg berniaga di Tanah Melayu. Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa tujuan utama pendakwah zaman dahulu ialah kerana agama, tetapi pada masa yg sama melakukan perniagaan sebagai sampingan untuk menampung keperluan hidup ekoran perjalanan zaman dahulu mengambil masa yang lama untuk ke sesuatu tempat, sama ada melalui jalan laut atau darat.
Contohnya, bila sahabat-sahabat Nabi SAW ke China melalui jalan sutera, mereka akhirnya dapat mengembangkan Islam di sana yang penduduk Islam lebih ramai berbanding di Malaysia/tanah Melayu. Antara keperluan yg mereka lakukan di China ialah berniaga, orang bukan Islam tertarik dengan akhlak mulia orang Islam lalu memeluk Islam.
Hari ini, alhamdulillah kerana jika visa jemaah-jemaah dakwah dikeluarkan dgn cop atas sebab urusan pelancongan, itu tidak mengapa, bahkan memang layak pun. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.
Dalam satu hadis.
Dari Abu Ummamah r.a berkata bahawa seorang telah bertanya: Ya Rasulullah! Izinkan aku berkelana. Maka Rasulullah telah bersabda: Kelana umatku ialah berjihad di jalan Allah. (riwayat Abu Daud).
Dari satu segi, mengikut kenyataan Perdana Menteri kita, kelonggaran visa adalah yang dikeluarkan oleh Malaysia kepada warga India, tapi bagaimana pula kelonggaran yang sepatutnya turut diberikan oleh India kepada warga Malaysia?
Sepatutnya India juga perlu memudahkan visa untuk rakyat Malaysia ke India, sebagai menghargai hubungan bi-lateral yg kukuh ini. Lagipun, ia sepatutnya tidak menjadi masalah kerana, orang Islam yang hendak ke India yang hendak ke Nizamudin atas urusan agama sepatutnya dipermudahkan kerana tiada apa-apa yang boleh menjejaskan India, bahkan membangunkan sektor pelancongan mereka!
Namun setakat ini biasanya 'orang yang mempunyai rambut bawah mulut' diberi visa satu bulan atau enam bulan. Yang leceh bila dapat sebulan, dan mereka kena jalan terus, tak boleh tunggu2. Ada juga yang tak dapat langsung! Terpaksa lah ke Bangladesh atau Pakistan, itu pun kalau dapat ke Raiwind.
Apapun ini semua hanya asbab, dan kita diajar supaya gunakan asbab tetapi jangan yakin dengan asbab. Yang sbenarnya berlaku adalah apa yang ditentukan Allah. Perlu lah kita mengikut nasihat orang tua2 kita iaitu tawajuh kepada Allah, dan Allah selesaikan masalah kita. Ini pilihan Allah. Allah kuasa, makhluk tiada kuasa.
Ya Allah pilih lah hamba-Mu yang hina ini.
Ijtimak masih segar dalam ingatan...

Internet Explorer has encountered a problem and needs to close. We are sorry for the inconvenience. Please tell Microsoft about this problem.Apa cerita? Ada sapa2 tahu boleh bagitau aku. Aku notis, masalah ni makin menjadi2 lepas aku tukar templete 3 column minima warna biru yg selepas tu aku tukar warna coklat. Baru bukak sekejap je terus dia tutup sendiri window tu. Sama ada bukak kat lap top atau PC lain e.g office pun jadi camtu. Tapi bila bukak web page, blog lain okay lak....
Emmm... oleh kerana aku pun tak reti sgt pasal benda2 begini jadi aku assume mungkin pasal template yg dulu2 bertindan2 coding HTML tertentu, jadi solutionnya pakai template standard blogspot yg aku pakai sekarang. Tapi masalah masih ada. Kalau berlarutan aku rasa nak tutup je blog ni, atau mula buat blog lain atau terus pencen.
Entah... korang punya fikir macam mana? Mintak syor sikit....
--------------------------------------------------------------------------------------
PM, Najib dan India
Semalam, Perdana Menteri, Najib Tun Razak mula berada di India.

Berita mengenainya yang menarik nak dibaca ialah mengenai visa Mudahkan pengeluaran visa.
Mengikut laporan tu, ia adalah langkah kerajaan Msia utk memudahkan rakyat India mendapat visa untuk datang ke Malaysia atas sebab pelancongan dan perniagaan.
Mudah-mudahan kemudahan ini dimanfaatkan untuk jadi asbab kemajuan usaha dakwah di negara ini, bukan sekadar kelonggaran digunakan oleh orang India yang dtg ke Msia untuk bekerja di restoran mamak atau industri lain.
Contohnya, moga2 ia untuk kemudahan maulana-maulana dan orang tua-tua kita di Nizamuddin lebih kerap berkunjung ke Malaysia.
Para pendakwah zaman dulu datang ke nusantara dikatakan para pedagang yg berniaga di Tanah Melayu. Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa tujuan utama pendakwah zaman dahulu ialah kerana agama, tetapi pada masa yg sama melakukan perniagaan sebagai sampingan untuk menampung keperluan hidup ekoran perjalanan zaman dahulu mengambil masa yang lama untuk ke sesuatu tempat, sama ada melalui jalan laut atau darat.
Contohnya, bila sahabat-sahabat Nabi SAW ke China melalui jalan sutera, mereka akhirnya dapat mengembangkan Islam di sana yang penduduk Islam lebih ramai berbanding di Malaysia/tanah Melayu. Antara keperluan yg mereka lakukan di China ialah berniaga, orang bukan Islam tertarik dengan akhlak mulia orang Islam lalu memeluk Islam.
Hari ini, alhamdulillah kerana jika visa jemaah-jemaah dakwah dikeluarkan dgn cop atas sebab urusan pelancongan, itu tidak mengapa, bahkan memang layak pun. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.
Dalam satu hadis.
Dari Abu Ummamah r.a berkata bahawa seorang telah bertanya: Ya Rasulullah! Izinkan aku berkelana. Maka Rasulullah telah bersabda: Kelana umatku ialah berjihad di jalan Allah. (riwayat Abu Daud).
Dari satu segi, mengikut kenyataan Perdana Menteri kita, kelonggaran visa adalah yang dikeluarkan oleh Malaysia kepada warga India, tapi bagaimana pula kelonggaran yang sepatutnya turut diberikan oleh India kepada warga Malaysia?
Sepatutnya India juga perlu memudahkan visa untuk rakyat Malaysia ke India, sebagai menghargai hubungan bi-lateral yg kukuh ini. Lagipun, ia sepatutnya tidak menjadi masalah kerana, orang Islam yang hendak ke India yang hendak ke Nizamudin atas urusan agama sepatutnya dipermudahkan kerana tiada apa-apa yang boleh menjejaskan India, bahkan membangunkan sektor pelancongan mereka!
Namun setakat ini biasanya 'orang yang mempunyai rambut bawah mulut' diberi visa satu bulan atau enam bulan. Yang leceh bila dapat sebulan, dan mereka kena jalan terus, tak boleh tunggu2. Ada juga yang tak dapat langsung! Terpaksa lah ke Bangladesh atau Pakistan, itu pun kalau dapat ke Raiwind.
Apapun ini semua hanya asbab, dan kita diajar supaya gunakan asbab tetapi jangan yakin dengan asbab. Yang sbenarnya berlaku adalah apa yang ditentukan Allah. Perlu lah kita mengikut nasihat orang tua2 kita iaitu tawajuh kepada Allah, dan Allah selesaikan masalah kita. Ini pilihan Allah. Allah kuasa, makhluk tiada kuasa.
Ya Allah pilih lah hamba-Mu yang hina ini.
PORT OF SPAIN, 27 November 2009 -- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mendengar khutbah yang disampaikan oleh Mahammad Asrarul Haque dari New Delhi, India selepas solat sunat Hari Raya Aidiladha. Turut sama anak bongsunya Norashman Razak (dua, kanan).
Ijtimak masih segar dalam ingatan...
Subscribe to:
Posts (Atom)