Sunday, August 30, 2009

Iklan rumah sewa ditutup lagi

Pandangan deretan rumah dari jalan utama di Fasa 11, Taman Puncak Jalil, Kuala Lumpur, tidak lama dulu.

MUKABUMI 30 Ogos _ Iklan rumah sewa di Puncak Jalil yang dibuka semula pada empat hari lalu di blog ini, hari ini ditutup semula selepas sepasang suami isteri mengesahkan mahu menyewanya mulai 1 September ini.
Pasangan muda Melayu yang bekerja di Kuala Lumpur dan Subang Jaya itu turut membayar cengkeram (booking) kelmarin sebelum membayar desposit penuh sewaktu mengambil kunci rumah esok.
"Penyewa bekerja sebagai pegawai pertanian manakala isterinya adalah pekerja swasta di syarikat komputer di Subang Jaya," kata Mutakalim dalam kenyataan akhbarnya kepada blog ini di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, permintaan beberapa orang lain untuk menyewa rumah itu terpaksa ditolak memandangkan pasangan tersebut terlebih dahulu membayar booking.
Bagaimanapun, Mutakalim berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas minat dan keprihatinan yang ditunjukkan orang ramai sama ada melalui panggilan telefon atau komen dalam blog ini.
Rumah sewa berkenaan ialah rumah teres setingkat di Taman Puncak Jalil Fasa 11 yang kedudukannya di tengah-tengah atau berhampiran antara Putrajaya, Cheras, Sri Petaling, Puchong, Subang Jaya, Dengkil, Sepang dan Bangi.
Ia mula disewakan sejak Januari 2009 dengan harga RM500 sebulan namun kini ia dinaikkan kepada RM550 sebulan kepada penyewa baru.

Friday, August 28, 2009

Bolehkah kamu menemuinya?

Kamu mencari kenikmatan di dunia,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah berikan kenikmatan di syurga.
Kamu mencari ketenangan di gunung ganang, pulau, pantai di sana sini,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah memberikan ketenangan dalam hati yang mengingati-Nya.
Kamu mencari jalan-jalan hidayah dalam kesenangan dan keselesaan,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan ia tersembunyi dalam bermujahadah di jalan Allah.
Kamu mencari ilmu dan hikmah dalam keselesaan,
Bolehkah kamu menemuinya?
Sedangkan Allah berikan hakikat ilmu dan hikmah dalam susah payah.
Dahulu kamu hina dalam jahiliyah...
Tapi Allah telah memuliakan kamu dengan Islam dan amalan agama,
Jadi kenapa kamu mencari dunia dan yang lain,
lalu berharap agar menjadi mulia?
Kamu berharap masalah umat Islam seluruh negara, dunia selesai,
Tapi perintah Allah ke atas kamu sendiri tak kamu selesaikan.
Kamu faham kata-kata hikmah,
bahawa mengubah diri sendiri lebih mudah
berbanding mengubah orang lain,
Tetapi kamu mahu mengubah orang lain, negara bahkan dunia
sedangkan diri sendiri tak berubah kepada agama
Kamu mencari pertolongan Allah dengan harta benda dan keduniaan,
Mana bisa ditemui....
Kerna pertolongan Allah tersembunyi dalam amalan agama.
Ya Allah bantu lah hamba-Mu ini.
.
.
NOTA: Sajak di atas ditujukan kepada diri saya sendiri dan kepada sesiapa yang berasa dirinya sesuai dengan isi kandungannya.

Wednesday, August 26, 2009

Iklan rumah sewa dibuka semula

Gambar file rumah semasa mula-mula boleh diduduki awal Januari 2009.



Ingat lagi tak posting rumah sewa yang pernah disiarkan dalam blog ini DI SINI dan DI SINI?
Iklan tu dibuka pada Januari 2009, dapat penyewa tak sampai sebulan selepas itu. Tetapi malangnya beberapa hari lepas penyewa memberitahu mereka terpaksa berpindah ke Kota Baru kerana diarahkan bertukar tempat kerja ke Kelantan berkuat kuasa 1 September ini.
Maknanya, saya kena cari penyewa baru. Ada sesiapa yang berminat hendak menyewa rumah teres setingkat di Puncak Jalil?
Lokasinya menarik kerana terletak di tengah-tengah antara Putrajaya, Subang Jaya, Seri Kembangan, Bangi, Cheras, Sepang, Dengkil, Banting dan sebagainya. Kalau hendak lebih tepat boleh tengok di google map.
Sewa sebulan RM550, masuk bawa deposit 2+1 iaitu sebulan sewa dan dua bulan deposit, dan deposit air elektrik RM250 sahaja.
Berkenaan penyewa sekarang hendak berpindah, saya tiada apa-apa halangan tetapi agak pening sebab dua syarat dalam perjanjian penyewaan tidak dipatuhi, iaitu:
1) Perjanjian mengatakan penyewa perlu memberi notis sekurang-kurangnya dua bulan sebelum berpindah.
2) Perjanjian adalah kontak setahun.
Kegagalan mematuhi syarat-syarat akan menyebabkan wang deposit tidak dikembalikan. Surat perjanjian black and white ditandatangani penyewa dan saya masa mula awal2 dulu.
Masalah timbul ialah penyewa minta agar wang dikembalikan walaupun dua syarat itu tidak dipatuhi. Kalau fikir balik kesian juga kepada penyewa ini sebab bukan totally salah dia kerana majikan dia pun beri short notice suruh pindah.
Bagaimanapun, hendak beri balik sejumlah wang deposit itu pada waktu tiba-tiba seperti sekarang, ditambah pula hari raya makin hampir tidak lama lagi yang tentu lah memerlukan wang perbelanjaan keluarga lebih sikit daripada biasa, lagi pulak kalau ikut perjanjian maka wang deposit tidak perlu diberikan - maka saya akan keberatan memulangkan wang tersebut.
Apa pandangan saudara saudari sekelian?
Tapi rasa kesian juga dengan penyewa itu, pertama, bukan salah dia sepenuhnya perkara ini, kedua, dia pun menunjukkan penyewa yang bertanggungjawab, berdedikasi dan jujur sebelum ini dan yang penting dia membayar sewa tepat pada masanya, tak pernah lewat.
Jadi atas budi bicara, setakat ini saya bercadang hendak memberi separuh wang deposit tu kepada penyewa.
Apa pandangan anda? Adakah saya telah merugikan diri sendiri? Atau anda ada idea lebih baik untuk dikongsi? Mana lah tahu boleh bantu saya? Kalau anda berminat hendak menyewa boleh bagitau saya di ruang komen posting ini atau chatbox.
Jazakumullah khair.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails