Friday, March 4, 2011

Masjid terselamat daripada gempa bumi

Siapa pernah jejak kaki di bumi New Zealand? Saya tak pernah.
Pada 22 Februari lepas, berlaku gempa bumi berukuran 6.3 skala Richer di bandar Cristchurch. 
Yang ajaibnya sebuah masjid, Masjid An-Nur dan Pusat Islam Canterburi (CIC) yang terletak di bandar itu tetap kukuh berdiri walaupun bangunan lain yang terletak berdekatan dengan masjid, rosak. Masya-Allah!
Antara yang runtuh, rosak itu termasuk bangunan perniagaan dan sebuah gereja runtuh atau rosak akibat malapetaka itu.
Seorang kawan Z76 yang berada di sana memberitahu, keadaan masjid sedikit pun tak terusik dan dapat berfungsi sempurna seperti biasa termasuk digunakan untuk jemaah menunaikan Solat Jumaat hari ini.
Sebahagian jemaah yang baru keluar dari masjid selepas
selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid An-Nur.
Kawan Z76 kata, lepas kejadian itu, masjid tersebut dan CIC terus tumpuan pelbagai pihak yang ingin melihat dari dekat strukturnya yang langsung tidak diapa-apakan oleh bencana itu.
Beberapa bangunan yang terletak bersebelahan masjid itu seperti sebuah bangunan dua tingkat runtuh dalam kejadian tersebut.
Begitulah kekuasaan Allah yang mahu memelihara rumah-Nya. Masjid itu boleh menampung kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa.
Semoga Allah pilih kita untuk menjadi pekerja memakmurkan rumah-rumah Allah walau di mana berada sekali pun.

Friday, February 25, 2011

Korek hidung dan FB

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya. (Hadith riwayat Muslim).

Sejak kebelakangan ini, anak-anak kerap didapati korek hidung. Tapi mereka diberitahu bahawa perbuatan itu boleh mendapat pahala kalau dilakukan mengikut sunnah iaitu seperti dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. 
Kalau depa bangun pagi, maka mereka akan ditanya: "Dah korek hidung?" Nanti jawapnya: "Dah..."
Depa diingatkan lagi: "Ingat tau masa bangun tidur je tau."

Lepas tu, sejak semalam, si Naufal minta buat facebook untuk dia. Baru darjah 3, perlukah ada fb? Ishhh...isshhh. Masalahnya, kengkawan di sekolahnya ada yg sudah ada, jadi dia pun nak ikut... aduh-aduh, pengaruh kawan mmg kuat.

Pulak tu, sekarang ni dia dah siap ada emel adress.

Thursday, February 24, 2011

Yang mula-mula sekali dihisab

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. (Riwayat at-Tirmidzi)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails