Friday, February 25, 2011

Korek hidung dan FB

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya. (Hadith riwayat Muslim).

Sejak kebelakangan ini, anak-anak kerap didapati korek hidung. Tapi mereka diberitahu bahawa perbuatan itu boleh mendapat pahala kalau dilakukan mengikut sunnah iaitu seperti dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. 
Kalau depa bangun pagi, maka mereka akan ditanya: "Dah korek hidung?" Nanti jawapnya: "Dah..."
Depa diingatkan lagi: "Ingat tau masa bangun tidur je tau."

Lepas tu, sejak semalam, si Naufal minta buat facebook untuk dia. Baru darjah 3, perlukah ada fb? Ishhh...isshhh. Masalahnya, kengkawan di sekolahnya ada yg sudah ada, jadi dia pun nak ikut... aduh-aduh, pengaruh kawan mmg kuat.

Pulak tu, sekarang ni dia dah siap ada emel adress.

Thursday, February 24, 2011

Yang mula-mula sekali dihisab

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. (Riwayat at-Tirmidzi)

Saturday, February 12, 2011

First time........

Tahun ni banyak benda 1st time dibuat oleh kami. Selain pertama kali menetap di loqstaq dan pertama kali rumah di sebelah sawah bendang, perkara pertama kali yg lain antaranya...


Nur farhah dlm kelas... (3rd row)

Farhah pertama kali ke sekolah darjah 1...dah bersiap-siap nak naik 'van sekolah'..driver?? Bapaknyalah....
First time anak-anak naik kapal terbang...

Siti Sumaiyah first time naik binatang tunggangan named 'Molly'...he he
Banyak lagi benda yg fisrt time kat sini, tapi tak yah cerita la kan dlm short entry nih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails