Tuesday, November 2, 2010

Selamatkan....

UMAT Islam umpama satu badan, jika salah satu anggotanya sakit maka kesemua anggota badan yang lain turut merasai kesannya.
Demikian yang terjadi kepada umat Islam pada waktu ini yang ditimpa pelbagai bencana sama ada musibah perpecahan, peperangan, meninggalkan amalan-amalan agama dan sebagainya sehingga lah ke malapetaka berbentuk nyata seperti gempa bumi, tsunami, banjir, gunung berapi dan sebagainya.
Apa-apapun malapetaka terhadap umat Islam yang berlaku di mana-mana, tentulah kita berkongsi simpati termasuk yang terbaru terjadi kepada Indonesia apabila dilanda tsunami dan ledakan gunung berapi yang waktunya hampir-hampir serentak.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada malapetaka dan memberikan keselamatan dan kebaikan di dunia dan akhirat. Amin.

Di bawah adalah klip video lagu oleh Salman (ex-gitaris Sheila On 7)  mengisahkan mengenai bencana yang melanda di negaranya. Lagu itu berjudul Selamatkan dari album Selamatkan.






Selamatkan
Ketika alam telah kehilangan kekuatannya
Untuk melindungi kita
Kini ragam bencana melanda

Berjuta jiwa bergelimpangan di bumi tercinta
Ada tangisan dan juga jeritan
Kini bangsaku telah berduka

*Janganlah menyalahkan ketentuan-Nya
Namun ambilah hikmahnya
Tuk (untuk) sujud pada Nya

Demi kasih sayang Mu
Oo tuhanku selamatkan lah Indonesia
Dari semua bencana yang terjadi 

Demi kasih sayang Mu
Oo Ya Allah kami memohon
Kurniai kami kemampuan
Tuk (untuk) bangkit lagi menuju 
keridhoan-Mu

(ulang chorus*)

Monday, November 1, 2010

Cabaran ulama masa kini

"Hari ini, ramai dari kalangan anak-anak kita telah dihantar ke universiti di dalam dan luar negara bagi mendalami ilmu-ilmu agama. Secara zahirnya, kita sudah melahirkan para ilmuwan Islam, namun saya berpandangan ia masih belum mencapai tahap sebagai seorang ulama yang hebat. Seorang ulama yang hebat bukan sekadar terbina ilmu dengan timbunan kitab-kitab, tetapi juga perlu menempuh lautan pengalaman. Mereka bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembimbing dan penasihat. Mereka bijak membawa fatwa untuk diterjemahkan ke dalam dunia hakiki. Setiap katanya adalah mutiara bukannya kaca. Setiap geraknya adalah cerminan adab yang terkandung dalam kitab-kitab. Hidupnya untuk memandu umat bukan dipandu."
-HARUSANI ZAKARIA,
Mufti Perak.

Thursday, October 28, 2010

Peribahasa karkun Part 2

@ mymahallah
Bertemu lagi kita dalam entry peribahasa sebagai lanjutan daripada entry peribahasa part 1 yang pernah muncul dalam entry lepas iaitu di DI SINI. Disebabkan entry lepas tidak kurang hebatnya mendapat sambutan (ni exaggerate) maka dilanjutkan entry kedua mengenai peribahasa kali ini.
Namun kali ini ada sedikit kelainan kerana entry yang dahulu menyatakan peribahasa yang telah diubah suai sedikit perkataan daripada peribahasa asal untuk digunakan oleh kebanyakan rakan seusaha.
TETAPI entry kali ini mengekalkan keseluruhan perkataan asal peribahasa itu yang mana ia menunjukkan peribahasa itu memang dilakukan oleh rakan seusaha.


Contoh peribahasa entry lepas:
"Di mana bumi dipijak di situ ghast ditegakkan"
-Utk menggambarkan kononnya kesungguhan buat ghast. Ubah suai drpd 'Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'


-------------------

Peribahasa kali ini:

"Jauh perjalanan luas pandangan"
 Keterangan (K): Rakan seusaha memang alhamdulillah berjalan ke sana sini kerana Allah. Dengan itu bertemu ramai orang, tengok banyak tempat, banyak pengalaman, berfikiran terbuka, mudah masuk bersembang dgn sapa pun.


 "Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan"
K:  Ni memang berlaku, dlm rumah confirm rotan sudah ada digantung, kalau degil memang kena lah... (tapi kena ikut la cara ditetapkan). Yang si isteri kena tinggalkan 3 hari, 40 hari, 4 bulan itu memang lah tanda sayang suami untuk beri agama kpd keluarga dan seluruh umat.


"Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
K: Bersakit-sakit maksudnya bersusah-susah la jumpa orang, tebalkan muka pintu ke pintu, mujahadah sikit2 mudah-mudahan bersenang lenang di hari kemudian iaitu di akhirat.


"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"
K: Menyesal dan tersedar semasa hidup dunia masih boleh diperbetulkan, taubat etc... tapi menyesal di hari kemudian, tiadalah manfaatnya.  

Arwah Za'ba 




"Jangan pandang orang yang berkata, pandang apa yang ia kata" (Shakespeare, dipetik juga dalam buku Ilmu Mengarang Melayu oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) cetakan pertama 1934 (jawi), cetakan kedua 1962 dalam bab peribahasa, perumpamaan muka surat 191)

K: Kalau sebelum bayan, orang yg jorna kadang2 akan katakan peribahasa di atas ni. Lagipun apa yang dikatakan itu lebih penting berbanding siapa yang bercakap itu. 



"Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing"
K: Kerja gotong royong kemas set taam dan bersihkan masjid atau surau dan lain-lain perkara sebelum jemaah meninggalkan sesebuah masjid/surau untuk ke route seterusnya atau tangguh.

Okay lah, sekian dulu kali  ini, jika ada yang anda hendak tambahkan peribahasa, sila tuliskan di ruang komen. Hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails