Tuesday, September 7, 2010

Salman (Sakti, ex-Sheila On 7) rilis album 'Selamatkan'

Album 'Selamatkan' oleh Salman Al-Jugjawy (Sakti,bekas gitaris Sheila On 7), insya-Allah akan berada di pasaran tidak lama lagi, buat masa ini, CD yg di atas tu mungkin satu-satunya CD yg berada di Msia. Ia diberi sendiri oleh Salman kpd adik yg khuruj di Joqjakarta, baru-baru ini.



ENTRY kali ini memberi peluang kepada adik saya yang baru pulang daripada khuruj 40 hari di Jogjakarta, Indonesia, menulis sedikit. Dalam banyak ceritanya, hanya di bawah saja yang mahu dikisahkan di blog ini iaitu:

""Alhamdulillah, baru-baru ini jemaah 40 hari dari Malaysia telah dihantar ke Joqjakarta, Indonesia pada bulan puasa. Kami 9 ahli jemaah termasuk 3 pelajar madrasah Kubang Bujuk. Didapati usaha di sana meningkat maju dan banyak telah dilakukan terutama usaha atas student kerana ia adalah kawasan yang ada banyak universiti.
Semasa di sana, alhamdulillah, antara yang memberi nusrah dengan begitu baik ialah Salman Sakti iaitu bekas gitaris kumpulan Sheila On 7.
Di akhir perpisahan dengan jemaah, Salman telah menghadiahkan kepada saya sekeping CD album terbarunya berjudul 'Selamatkan' yang (ketika itu) baru sahaja siap dirakamkan. 
Album itu mengandungi kelainan sebab menampilkan alunan suara bersahaja tanpa menggunakan alat muzik moden.
Tujuh lagu didalamnya berjudul:
1) Ramadan.
2) RidhoMu.
3)Harmoni Bhinneka.
4) Bertasbih.
5) Batu Bersurat.
6) Selamatkan.
7) RidhoMu (versi minus one).

Mereka yang berminat boleh mendapatkan album ini dalam masa terdekat, tapi buat masa ini ia belum berada di pasaran Malaysia. (Masa kami tangguh, album ini baru sahaja siap). Sekian.""


Dlm ruang penghargaan album ini, dinyatakan juga nama adik saya.



7 lagu best2. Antaranya, lagu berjudul, RidhoMu. Dalam CD disertakan penanda buku.


Hasil jualan CD akan diinfakkan untuk ke jalan Allah



Layout disusun dgn menarik, kemas. Setakat ni baru dengar sepintas lalu.



Saya ambik gambar re-copy pakai henfon, jd tak brapa clear...


Sudah 3 kali khuruj 4 bulan, masturat 2 bulan, fikirmen student, rumah dekat markaz... 

Untuk keterangan lanjut sila klik Salman al-Jugjawy .

Wednesday, September 1, 2010

Isu bukan Islam masuk masjid: Bagaimana pula orang Islam?

Masjid adalah jantung kepada umat Islam
Hari ini orang Islam sibuk bincang sama ada wajar atau tidak bukan Islam masuk masjid atau surau. Sama ada bincang dari segi hukum sehingga lah ke isu politik kepartian - semua sudah diulas.
Sama ada dalam bentuk ilmiah diperkatakan, emosi dan nafsu amarah juga sudah dihamburkan.
Kalau orang bukan Islam masuk masjid heboh diperkatakan, antara perkara yang belum disebut ialah bagaimana pula:
1-Orang Islam sendiri yang tidak mahu menjejak kaki ke dalam masjid? Berapa ramai saudara mara kita begini?
2-Orang Islam menjauhi masjid? Berapa saf sahaja solat fardu, ada surau yg kosong azan tak berkumandang terutama waktu Zohor dan Asar.
3-Orang Islam sendiri tidak mahu memakmurkan masjid? Masjid tak hidup!
4-Salah faham orang Islam bahawa menjaga masjid ialah memastikan ia dikunci daripada dimasuki jemaah?
5-Jemaah masjid terdiri daripada golongan warga emas, lanjut usia? Tiada pelapis, anak-anak muda jauh daripada masjid, takutkan masjid, pandang rendah pada masjid.
6-Pecah belah dalam masjid sesama Islam perlu diselesaikan, (berpecah di masjid, kemungkinan besar berpecah juga dalam masyarakat). Ini lebih berat hendak ditanggung.
7-Di masjid tiada amalan seperti Masjid Nabawi di zaman Nabi Muhammad s.a.w.
8-Masjid hanya jadi struktur bangunan, yang diperlumba-lumbakan untuk dihias-hias, tetapi kosong amalan memakmurkan masjid di dalamnya. Umpama sangkar yang diperbuat daripada emas tetapi burung di dalamnya tak cukup makan, minum, nazak menunggu masa hendak mati.
9-Zaman Nabi s.a.w, orang bukan Islam masuk masjid akhirnya dapat (jadi asbab) hidayat masuk Islam, tetapi zaman sekarang, orang bukan Islam masuk masjid dijadikan bahan kontroversi.
10-Bila kita sendiri tak faham fungsi masjid, jangan harap orang bukan Islam pula hendak faham perkara itu.

Bukankah perkara ini lebih penting untuk diambil fikir risau, diambil usaha yang sewajarnya berbanding kerisauan masjid yang berlainan sifatnya. 
Semoga Allah ampunkan kita di bulan yang berkat ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails