Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Thursday, June 17, 2010
Thursday, June 10, 2010
Bersantai di Morib
Begitupun, ia tetap menjadi kunjungan orang luar walaupun dalam kuantiti kecil dan terus menjadi tumpuan penduduk tempatan dari zaman berzaman khususnya penduduk Banting - kawasan terletak di daerah Kuala Langat Selangor.
Sejak zaman bujang hingga sekarang dah ada 3 anak, Morib memang jadi tempat bersantai khususnya pada musim cuti balik kampung.
Morib terbahagi kepada 2 bahagian; satu pantai berpasir yang boleh mandi dan satu lagi tempat untuk bersiar-siar saje.
Minggu lepas, berkesempatan bawak anak-anak bersiar-siar, rupa-rupanya Morib dan sekitar sekarang tengah giat dibangunkan. Ramai sungguh orang... mungkin sebab sekarang cuti sekolah.
Kata seorang Jurukur Bahan, kadar progressnya dah mencecah 70 peratus. Kalau dah siap nanti tentu lah makin meriah pantai Morib ini. Nampak progress work berjalan lancar, tapi bila nak siap, wallahu alam bissawab...
Farhah dan Naufal lawan memanjat di taman permainan yang sedang disiapkan di sekitar Morib...
Sumaiyah menunjukkan skill mendaki jaring labah-labah...
See more, click read more...
Tuesday, June 8, 2010
Cara tentera Islam lawan musuh
Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam kitab tarikh Al Bidayah Wa An Nihayah, bahawa Heraklius Kaisar Rom yang berada di Antakia, ketika mendengar berita kekalahan tenteranya, dia bertanya dengan geram kepada utusan yang menyampaikan berita itu. Katanya, “ Celaka kamu! Cuba terangkan kepadaku keadaan kaum yang kamu perangi itu, bukankah mereka manusia seperti kamu juga?”
Mereka menjawab,”Benar”. Heraklius bertanya lagi,”Mengapa kamu boleh dikalahkan?” Semua utusan yang tertua di antara mereka menjelaskan: “Kerana mereka selalu mendirikan solat di malam hari dan berpuasa pada siang harinya. Mereka selalu menepati janji, mengajak ke arah kebaikan dan mencegah yang mungkar serta bertolong- tolongan. Sedangkan kami biasa minum arak, berzina, menginkari janji, zalim, memerintahkan perkara yang batil dan mengerjakan yang mungkar, serta kami kerap membuat kerosakan di muka bumi”.
Kemudian Heraklius berkata,”Benar kamu !” Salah seorang tawanan kaum Muslimin kemudian dihadapkan kepada Heraklius dan berkata : “Aku akan beritahu kepada kamu seolah-olah kamu menyaksikan sendiri keadaan kaum Muslimin di medan perang. Mereka adalah pasukan berkuda pada siang hari dan pada malam harinya seperti rahib-rahib. Mereka tidak makan sesuatu pun milik rakyat yang dikuasainya melainkan pasti diganti harganya. Mereka tidak masuk ke tempat orang lain kecuali mengucapkan salam, dan tidak berperang melainkan apabila mereka diperangi”.
Kata Heraklius, “Kalau engkau membenarkan perkataanku, maka kaum Muslimin akan mengusai kawasan yang sekarang berada di bawah telapak kaki kekuasaanku.”
-Diambil dari blog Ustaz Al-Alorstari
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
