Friday, February 25, 2011

Korek hidung dan FB

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya. (Hadith riwayat Muslim).

Sejak kebelakangan ini, anak-anak kerap didapati korek hidung. Tapi mereka diberitahu bahawa perbuatan itu boleh mendapat pahala kalau dilakukan mengikut sunnah iaitu seperti dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. 
Kalau depa bangun pagi, maka mereka akan ditanya: "Dah korek hidung?" Nanti jawapnya: "Dah..."
Depa diingatkan lagi: "Ingat tau masa bangun tidur je tau."

Lepas tu, sejak semalam, si Naufal minta buat facebook untuk dia. Baru darjah 3, perlukah ada fb? Ishhh...isshhh. Masalahnya, kengkawan di sekolahnya ada yg sudah ada, jadi dia pun nak ikut... aduh-aduh, pengaruh kawan mmg kuat.

Pulak tu, sekarang ni dia dah siap ada emel adress.

12 comments:

ahlia azharjaafar said...

hehe..bole la makcik jadi friend Naufal ye..

p/s - kirim salam ngan izat

Ahliacikgukhairul said...

meh cik nurul nak mintak alamat emel naufal.. kira sgt celik it nih.. hehe

nz said...

nak add friend la nnti gak =)

Peluncur Islam said...

errr..

budak-budak main kotak katakan..

Fawwaz said...

Adik aku darjah 2 tanya : Facebook tu makhluk yang macam mana?..

Umma-ali said...

anak murid kem madrasah saya pun bru tadika dah ada fb gak...pastu add kita plk! ikram2! yg tak bestnya asik htr game buat kek jer!!!! org tak terima pun, htr lagi dan lagi! bgus smgt ni klu buat dkwah lg n lg...layannn...

Ziarah76 said...

he he he... t kasih smua krn komen.
Kalo nak jadi friend naufal, cari dia dlm fb guna emelnya naufalsahbulah@gmail.com

Unknown said...

hari ini semua org cakap pasai Fb,dari org atasan smpi org bawahan,bahkan lebeh truk lg,dlm masjid lg,ckp pasal fb...

chanz said...

membersihkan hidung tak semestinya korek hidung kan? basuh dgn air ke..budak2 mmng le suka mengorek. haha

ong ong kedek kedek said...

salam kenal,

ha3 anak ngko suh wat kan FB? normal la tu, anak buah aku autisme tapi internet tak penah miss...

tapi utk anak2 ni kena kontrol betul2 bila main internet, lagi pon nak diikotkan mereka tak dilindungi dari jenayah siber...

Ummu Fatimah said...

Salam, addin pun dh ada fb. Ana pelik bila tgk camana dia leh online at nite sedangkan umah x de internet ni. Rupa2nya dia hacked wifi jiran sebelah. adoyai...bijak sungguh..tapi la ni ana wat password protected kat laptop ana supaya dia x leh bukak. hmmm...mama dia lagi bijak nampaknya. heee

Irwan said...

advanced nya anak tuan...dedahkan lah dengan site-site yang menggalakkan pembacaan yang meransangkan mindanya..

takde la sekadar update status jer...

tunjukkan jalan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails