Wednesday, October 27, 2010

Surat Mufti Negeri Sembilan

SURAT MUFTI NEGERI SEMBILAN
(Salinan dari surat asli Rujukan (4) dlm JMKNNS 209(01)747/1 jld.2
Tarikh 16hb Zulhijah 1423/18 Februari 2003

Tuan Nazir, AJK dan Pegawai Masjid
Semua Masjid dan Surau
Di Negeri Sembilan Darul Khusus

(Assalamualaikum Wm Wb)

Tuan,
USAHA JEMAAH DAKWAH DAN TABLIGH DI MASJID DAN SURAU DI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sehubungan dengan itu, jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan memang menyokong usha jemaah dakwah dan tabligh di Negeri ini. Usha dakwah dan tabligh ini adalah satu usha yang baik untuk memakmurkan masjid serta surau dan ini memang membantu usha-usha kami.

3. Memahami perjalanan usha dakwah dan tabligh ini tidak memerlukan pertauliahan. Jadi kami berharap pihak AJK Masjid dan Pegawai Masjid memberi segala kerjasama kepada jemaah dakwah dan tabligh yang datang serta usha-usha dakwah dan tabligh tempatan di kariah tuan.

4. Dengan kerjasama dari pihak tuan itu terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih.

“BERSAMA HAYATI KEINDAHAN ISLAM”


Saya yang menurut perintah,
-----------------------------------------------------
(DATO’ HJ MOHD MURTADZA BIN HJ AHMAD)
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-7652420/7652421/7652425/7652426
Fax: 05-7652427
E-mail:jmknns.tm.net.my

[disalin dari buku ‘MARI berTABLIGH’, tulisan Hj Hanapi USM/Kolej Chermai (Hj Md Hanapi Md Noor), Pencetak Engsin Printing Press, Mak mandin, Penang. 2010. ISBN: 878-967-99941-1-7]

SUMBER

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir mengaminkan doa semasa menghadiri Ijtimak di Nilai, N. Sembulan tahun lepas. Turut berada di pentas Menteri Besar Negeri Sembilan (di belakang Yang Dipertuan negeri) dan Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi (juga di belakang). (Zahid sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan agama Islam)

7 comments:

Penglipur Lara said...

Alhamdulillah...semoga Allah pilih saya cuti nnti..

Irwan said...

salam. Mufti ni dah jadi mantan. Ni pun surat lama.

Alhamdulillah, di N9, usaha dakwah itu telah dibudayakan sehingga menjadi satu trend pulak memakai ketayap pakistan.

Dan blog payabesarpedas menambahkan lagi api kemarakan itu yang semakin menurun sejak Najib naik...

Ismi Ijmi said...

Alhamdulillah...
emmm,...

zarch said...

Syukur kita kepada Allah yang telah memudahkan usaha ini dimana-mana.

Sebagaimana pesan orang tua-tua, selama mana kita berpegang pada usul, insyaallah usaha ini akan terlindung dari segala fitnah. Syaitan sentiasa mencari jalan memusnahkan usaha dakwah, kerana usaha dakwah bukan sahaja pendakwah menuju kepada Allah tetapi diajaknya juga orang-orang lain, bersama-sama menuju kepada Allah.

Sifat insan ini sentiasa pelupa, kerana itu perlu sentiasa berpesan-pesan kearah kebaikan. Dan kita ni, (terutama saya) macam-macam hajatnya, apa-apa pun semoga sentiasa stick pada maksud.

Ziarah76 said...

penglipurlara,
semoga Allah pilih saya juga

irwan,
mmg surat lama, tarikhnya pun ada kat situ

IM,
alhamdulillah

zarch,
saya pun byk hajat, semoga Allah kekalkan kita dalam usaha ini.

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Moga dengan sokongan dari Sohibus Samahah Dato Mufti ini, menjadi pembakar semangat kepada para da'e untuk terus semarak menjalankan usaha..

Ziarah76 said...

IshakZaini,
mudah-mudahan istiqomah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails