Monday, October 11, 2010

Masjid bergerak?

PETANG 22 September lalu, seperti biasa Masjid Kampung Tundagan yang terletak di Linggajaya iaitu di pinggir bandar Tasikmalaya dipenuhi para jemaah menunaikan untuk solat Asar.
Seperti hari-hari biasa Masjid Jami Al Falah sering dipenuhi oleh dengan jemaah setiap kali masuk waktu solat, lantaran kedudukannya begitu hampir dengan rumah penduduk.
Ada rumah yang hampir bertembung dindingnya dengan dinding masjid, begitulah situasi masjid yang dibina di kawasan yang padat penduduk pada tahun 1989 itu.

Pak Odih walaupun baru berusia 45 tahun tetapi wajahnya kelihatan agak tua dimamah usia. Mungkin kerana setiap hari membanting tulang melakukan kerja-kerja kampung sejak usia muda. Di antara yang sering mengimarahkan masjid kampung itu.
Petang itu setelah selesai solat Asar Pak Odih berbaju kemeja, berkain pelikat dan memakai songkok terus duduk di dalam masjid sambil berzikir.
Ustaz Dudung pula baru selesai kelas al-Quran untuk anak-anak kariah tersebut dan memang telah menjadi rutin sehariannya di masjid itu.
Tiba-tiba murid-murid menjerit-jerit hampir histeria memanggilnya. Dia terkejut kerana memikirkan sesuatu kejadian buruk berlaku.
Bagaimanapun setelah diberitahu bahawa tiang masjid bergerak dia memikirkan mungkin murid-muridnya tersilap pandang dia berlalu dari masjid pulang ke rumah.
Sehinggalah ketika dia mahu menunaikan solat Maghrib barulah dia sedar bahawa lantai dan tiang masjid telah bergerak dia lantas melaungkan ‘Allahu Akbar’.
Bersujud
Menyedari keempat-empat tiang masjid berubah, jemaah yang ada menjadi histeria dan mengucap istigfar, Allahu Akbar, bersujud hingga beberapa di antara mereka menangis.
“Meremang bulu roma saya ketika itu,” ujar Dudung.
Pak Odih pula tercengang melihat lantai dan tiang masjid bergerak perlahan-lahan ke arah kanan. Orang ramai yang masih berada di masjid itu panik dan terus melaungkan ‘Allahu Akbar dan Subhanallah’.
Pada mulanya mereka menyangka berlaku gempa kerana Tasikmalaya pernah digoncang gempa kuat pada September tahun lalu.
Di dalam keriuhan dan kelam kabut itu entah siapa membuat pengumuman melalui alat pembesar suara tentang fenomena menakjubkan itu, langsung berbondong-bondong penduduk kampung ke masjid tersebut.
Ada yang melihat dengan mulut terlopong, ada juga yang sempat membawa kamera video merakam kejadian itu.
Menurut Pak Odih fenomena itu berlangsung beberapa jam sahaja dan pergerakan masjid tersebut adalah kira-kira 30 darjah ke kanan, walaupun ada penduduk mendakwa menyedari pergerakan masjid tersebut berlaku sejak empat hari sebelumnya.
Yang lebih aneh hanya lantai dan tiang sahaja bergerak sedang struktur masjid keseluruhan tidak bergerak. Tiada pula berlaku lantai yang pecah atau dinding retak selepas itu.
Pak Odih sukar untuk memahami fenomena tersebut, namun dia mengagak mungkin ia berkaitan dengan arah kiblat masjid.
Menurut beliau, masjid berkenaan pernah diubah arah kiblatnya dan pergerakan itu menyebabkan arah kiblat kembali ke arah yang lama.
--Copy paste dari sumber

4 comments:

Ismi Ijmi said...

cerita betul ke ni?

Irwan said...

eh...betul ke idak tak penting. apa pengajaran yang kita dapat tu penting..betul ke tuan tanah?

Banyak kes camni berlaku kat Malaysia dan kampung saya tapi sebab kami para wali, kami tak heran sangat..

Apa nak heran kalau puncak kehairanan itu hanyalah kepad Dia?

Oang buat usaha patut tak heran dengan sumer ni. Tak terkesan langsung

zarch said...

Subhanallah, masjid sudah bergerak tetapi orang-orang belum bergerak. Bilalah agaknya dapat kita bergerak 4 bulan setiap tahun dijalan Allah....

Ziarah76 said...

Ibnu Mutalib,
sebab tu di tajuk ada question mark (?).

Irwan,
Stuju...
Wali dikatakan mmg ada karomah. Wali hakim, wali nikah band wali takde karomah. :)

Zarch,
saya azam (tapi azam dah byk kali, tak jadi2 lagi ni, lemah sungguh sy)
tuan doakan saya ye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails