Sumaiyah memegang buku setebal 63 muka surat |
Dalam buku ini, banyak lah kisah menarik dinukilkan secara ringkas dan padat mengenai riwayat Imam Bukhari (lahir, 13 Syawal 194 hijrah dan wafat 256 hijrah). Nama sebenar Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Muhirah bin Bardizbah Al-Ja'fi. Datuk beliau, Bardizbah ialah seorang yang berbangsa Parsi (Bardizbah bererti petani).
Kata-kata aluan oleh Mufti Johor |
Antara kisah menarik ialah Imam Bukhari yang mendapat pertolongan daripada Allah iaitu semasa kecilnya, Imam Bukhari telah mengalami buta mata. Ibunya telah bermimpi berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s lalu berkata kepadanya: "Wahai si ibu, Allah telah mengembalikan penglihatan anakmu kerana banyaknya anda berdoa. " Lalu Allah pulihkan penglihatannya, si ibu begitu gembira dengan peristiwa itu.
Selain latar belakang Imam Bukhari, buku ini juga antara menceritakan tentang sifat peribadinya, keturunan, kelahiran dan pengembangannya, kecekapan, pengembaraan ilmu dan pengembaraan zaman sahabat r.hum.
Selain itu, buku ini juga memberitahu tentang Imam Bukhari mengenai guru-gurunya, muridnya, kehebatan hafazannya, zuhud, warak, kesopanan dan akhlaknya, kegemarannya, kecekapan memanah, kitab karangannya, pujian Imam Nawawi terhadapnya, kedudukannya yang hebat, dan mazhab fikahnya yang bertaklid (mengikut) kepada mazhab Syafie. (Bayangkan tokoh Islam yang begitu hebat juga mengikut mazhab, apa pula hujah orang biasa hendak bebas daripada mengikut mazhab?)
Kitab karangan Imam Bukhari tidak terkira banyaknya tetapi dalam buku ini disenaraikan 21 kitab seperti Al-Jami' Al-Sohih, Al-Adab Al-Mufrad, Raf'ul Yadaini Fis Solah, Al-Qiraah Khalfal Imam, Birrul Walidain, Al-Tarikh Al-Kabir, Al-Tafsir Al-Kabir, Al-Musnad Al-Kabir dan sebagainya.
Sebanyak 46 kitab ulama yang mahsyur dan muktabar menjadi rujukan buku ini.
Terdapat 46 kitab karangan ulama-ulama termahsyur dan muktabar sebagai rujuk buku ini dengan 3 kitab yang dirujuk ialah karangan Al-Allamah Maulana Zakariya al-Kandahlawi yg juga pengarang kitab Fadhail Amal yang dibaca secara meluas oleh umat Islam terutama jemaah Tabligh. |
1) Al-Abwab wa Tarajim li Al-Bukhari.
2) Muqadimah Aujaz Al-Masalik.
3) Muqadimah Lami' Al-Darari.
Jika anda berjumpa dengan buku riwayat Imam Bukhari bertajuk Imam Al-Bukhari Tokoh Ulama Hadis ini, amat bermanfaat untuk dibaca, insya-Allah. Mudah-mudahan.
Sekian.
[[Sebelum mengakhiri entry, bagi orang di luar sana, jika anda terserempak dengan orang membaca kitab taklim Fadhail Amal karangan Maulana Zakariya al-Kandahlawi di masjid-masjid atau surau-surau, maka dialu-alukan sangat supaya duduk lah majlis taklim itu. Mudah-mudahan dapat amal dan sampaikan hadis-hadis yang diperdengarkan.
Jika pernah anda terdengar ada yang cuba mempertikaikan kitab itu kerana terdapat hadis dhaif maka mudah-mudahan tidak lah kita termakan dengan hujah-hujah itu kerana ketokohan pengarang kitab itu sememangnya diperakui dan tiada syak.
Dan jika anda pernah mendengar orang mengatakan bahawa orang Tabligh adalah golongan taklid (mengikut) maka katakanlah bahawa Imam Bukhari juga bertaklid]].
9 comments:
Jazakallah atas info ni.
Salam..
Alhamdulillah, terima kasih tuan, atas info yg bermanfaat ni..
Salam...
Memang kena beli. Dan untung juga bila dapat hadiah seperti Tuan. Bagus kita baca buku2 mcm ni. Byk manfaatnya dari kita baca buku yang tak berfaedah.
Jazakallahu khir.
zarch,
jazakumullah.
Dlm bab fikah tu, pendapat paling mahsyur Imam Bukhari adalah bermazhab Syafie. Dan ini disepakati terlalu banyak ulama. Bagaimanapun, Ibn Qaiyim dlm kitab I'lam al-Muqi'in 'mendakwa' Imam Bukhari bermazhab Ahmad Hanbal.
Ada segelintir kecil mengatakan dia mujtahid. (Namun jika Imam Bukhari seorang mujtahid yg mempunyai pandangan feqahnya tertentu maka ia tidak menghairankan kerana atas kebolehan, kelayakkannya yg luar biasa).
nota: Ibn Qaiyim dlm ruang komen ini dimaksudkan ialah muhammad bin abu bakar bin ayub bin saad al-zar'l al-damsyiqi. Iaitu Ibn Qaiyim yg merupakan murid pertama Ibnu Taimiyah.
aisyahHumaira,
T kasih kembali, mudah-mudahan bermanfaat.
Buku ini sesuai untuk orang awam.
aliaazuan,
Tak sure sama ada boleh dijumpai di kedai2 buku atau tidak. Mudah-mudahan boleh jumpa.
Tapi bagi pelajar yg betul mendalami ulum hadis, adalah disyorkan mendapat kitab asal Imam Bukhari secara terus. Bagaimanapun jika pelajar agama dlm jurusan ini, kitab-kitab rujukan yg muktabar dan awal mengenai memang boleh ditemui. Ini termasuk kitab asal yg dirujuk dalam buku ini.
t kasih
Ramai kalangan ulama masyhur terdahulu adalah bermahzab Syafii seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmizi, Imam Nasai, Ibn Majah, Imam Tabrani, Imam Suyuti, Imam al.Bayhaqi, Imam al-Ashaari, Imam Ghazali, Imam Nawawi, Ibn Kathir dan seterusnya.
Antara pengarang al-kutub al-Sitta, 6 kitab himpunan hadis yang masyhur, hanya Abu Daud yang mengikut Mahzab Hanbali, selebihnya bermahzab Syafii.
Dan jelas, lazimnya ulama-ulama masyhur terdahulu tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ijtihad mereka sendiri, melainkan mereka bertaklid mengikut Imam mahzab masing-masing. Imam Bukhari pun tiada kitab fekahnya sendiri, manakala Ibn Kathir yang merupakan murid Ibn Taimiyah, beralih kepada mahzab Syafii, sebagaimana beliau mengeluarkan kitab Tabaqat Syafii beliau.
-wallahuallam.
zarch,
masya-Allah tuan.
Sahih, sahih...
jazakumullah khair
semoga Allah lindungi kita daripada fahaman yang merosakkan agama kita.
Terimakasih atas artikel ni.. Ku akan dapatkan kitab ni, menarik untuk dibaca..
merah_s,
mudah-mudahan bermanfaat
mkasih sobat semua,salam sukses
manfaat berjalan kaki
Kekejaman nasrani
sembahlah Allah Tuhanku dan tuhanmu
penampakan ufo
tips mengajarkan anak perempuan mulai kecil
resep kue cubit enak
Kata2 yg menyebabkan jatuh kafir terimakasih
Post a Comment