Saturday, September 18, 2010

Bertemu semula makwe lama semasa raya

Aisye... macam jiwang sikit kali ni. Masa beraya sakan baru2 ni, tiba2 tersentak jiwa raga bila dengan tidak semena-mena dipertemukan semula dengan 'makwe' lama yang telah lamaaa ku tinggalkan kerana tidak ada lagi persefahaman.
Berdegup jantung berdebar-debar bila terpandang tubuhnya yang ramping bergetah walaupun sudah uzur berbanding usia yang pernah ku kenali dulu. 
Apa nak buat... sudah tak sehaluan, maka terpaksa membawa haluan masing-masing. 
Walaupun dulu makwe ni la yang dikepit siang malam pagi petang dan amat relanya dia menemani waktu susah senang, tapi sampai satu masa pilihan terpaksa dibuat.
Masih lagi ingat, kali terakhir kami berpisah.... ia dikebas/diambil orang kerana masa tu ia sudah tidak berapa dipedulikan, terbiar lara. Almaklumlah tuan punyanya sudah mula berjinak ke alam lain. Alam hidayattttt!!!
Rupa-rupanya, semasa beraya di rumah sorang buzruk  ni, dibukakan rahsia bahawa bekas makwe ku ni masih setia menunggu aku.
"Nak tengok senapang lama ko?" tanya buzruk tu yg muda 5 tahun drpd aku.
"Senapang apa?" tanya aku.
 "Alaa... senapang lama la, ada dalam bilik," jawab buzruk yg baru ada anak satu tu. Janggut buzruk tu dulu lebat yakmat, tapi bila dah jadi cikgu, janggut dia macam dah ada style semacam pulak.
Aku pun terus bingkas masuk ke bilik untuk menunjukkan aku tak takut pada senapang walaupun pada masa tu tak tau apa yang dimaksudkan senapang tu.
Tiba-tiba kedengaran suara isteriku: "Jangan tunjukkan kat dia." 
Tapi suara tu sudah terlambat kerana sebaik sahaja jeritan tamat aku sudahpun mendakap tubuh hitam putih dan berleher jinjang itu. hehehe
"Dah terlambat... dah digorengnya." jawap sorang abang buzruk itu.

Hahhh...ini la makwe tu... shape ala Fender tapi bukan.. so.. nak lagu apa?


Bukan Gun N Roses... tapi benda ni lah zaman dulu yg di grongg-grenggkan playlist lagu-lagu Metallica, Sepultura, Iron Maiden, Morbid Angel dan metal-metalan yg sewaktu dgnnya. 

Bagaimanapun, lepas selosai je beroyo, dgn rasa berat hati senapang tu terpaksa ditinggalkan lagi dengan pesanan 'ini barang kasi jaga baik-baik bro'. Tali tinggal dua je, kasi bela apa2 yg patut syeikh..

13 comments:

ismadiyusuf said...

akupun dah lama tak pegang benda tu, selalu jaming gan kawan2 mai lagu sepultura

Husaini said...

hehe..suspens jerk..
tp style... =)

zarch said...

apa da...ingatkan tulis novel cinta tadi...

ahLia shahril said...

hehehe..
ape daa.. ingtkn cter sadis aper

Ziarah76 said...

ismadiyusuf,
bagi aku, sepultura paling best dari album morbid vision hingga arise je. yg lepas tu kureng skit.
Moga2 ada kekuatan kita tak yah pegang lagi lah.
karkuzari macam mana Salman Sakti berhenti main benda tu, bole tambahkan keinsafan.

Husaini,
sekali sekala tekojut apa salahnye..

zarch,
novel cinta tak reti, mi segera cap cintan dulu slalu makan

zai,
kira sadis jugak kes ni...

azharjaafar said...

tu makwe berhantu.. bila tengok mesti nak pegang punya.. walaupun jari dah lembut x de kematu..

Ziarah76 said...

azharjaafar,
Kalau sudah pegang masa berlalu tak terasa...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam...

Elok la tu...jika dah tak sehaluan, tinggalkan aje makwe lama tu. Selamat berpose 6.

Ziarah76 said...

aliazuan,
tapi kadang2 gatal jugak tangan...

arizWanmerahs said...

Haha.. Ingatkn citer pe td.. Kenangan masa silam selalunya buatkn aku geleng2 kepala yg dh brkurang rambutnye huhu..

Ziarah76 said...

merah_s,
bak lirik rock band Junction: "kenangan sering menjelma..."

ya, kita dah makin tua...

minah leter said...

assalamu alaikum..terimah kasih sbb mengunujungi bloq sy..memang dah beli tapi persen tetap di hantr kepada mereka ..duit itulah yang di gunakan untuk membuat senjata..

safarizan bin safian said...

Assalamualaikum sahabat..
..cd 'metal berat' yang dikumpul dulu semuanya dah masuk kotak dan berkulat..kiranya cukuplah sudah setakat dulu..yang dicampak terus dari pintu kereta pun ada..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails