"Keadaan industri akhbar berada dalam tenat. Rata-rata surat khabar dalam keadaan rugi atau berada dalam keuntungan yang menunggu untuk rugi."
Walaupun blog ini sudah begitu lama tidak diupdated tetapi masih bertambah juga follower di tepi page ini. Tak tahu lah kenapa. Atau mungkin mereka sebenarnya tidak lah begitu aktif seperti saya juga, dan sekadar membiarkan perkara itu.
Ketika ini semua orang dah beralih kepada Facebook. Yang lain sudah diketepikan atau dillihat kurang penting.
Ya ini semua adalah ledakan media sosial zaman ini terutama untuk mencari maklumat dan sebagainya. Dan yang penting, ia adalah percuma. Tidak seperti akhbar yang perlu dibayar.
Baru-baru ini, saya berborak dengan rakan lama yang masih bekerja di sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
Beliau memberitahu, keadaan industri akhbar berada dalam tenat. Rata-rata surat khabar dalam keadaan rugi atau berada dalam keuntungan yang menunggu untuk rugi.
Beberapa akhbar terpaksa beroperasi dalam kerugian manakala sebahagian akhbar terpaksa ditampung seperti biawak hidup oleh sedikit keuntungan akhbar lain yang ada dalam syarikat yang sama. (Sebab sesebuah syarikat ada yang mengeluarkan dua atau tiga akhbar serentak, ada paper untung ada paper rugi, yang untung akan tampung yang rugi).
Antara sebabnya ialah, kurangnya jualan akhbar, pendapatan iklan merosot tetapi pada masa sama peningkatan kos cetak dan operasi.
Saya cuba mempertikai statement kawan ini dengan berkata: "Tetapi paper you untung apa, sebab paper Inggeris... banyak paper Inggeris yang untung kan?"
Dia berkata, memang untung tetapi tetapi keuntungan semakin mengecil berbanding tahun-tahun sebelumnya dan menunggu masa untuk rugi jika trend berterusan.
Di sini saya tidak lah mahu menulis terlalu detail tentang untung rugi, fakta-fakta, figure dan sebagainya tetapi saya terkejut juga mendengar masalah-masalah dan kerugian yang dialami oleh akhbar-akhbar utama arus perdana ini.
Kawan saya berkata lagi: "Bro...we're actually offering VSS to staff."
Saya kata: "It can't be that bad.. bro."
Kawan: "Yes lah... ada anak syarikat pun yang tidak buat untung la bro. You are very lucky lah.. it's very timely lah that you have jumped from this."
Selepas berborak lanjut, nada rakan saya itu seolah-olah, kalau ada peluang, dia pun ingin tukar angin melompat bekerja di tempat lain, tetapi tiada peluang yang sesuai.
Ada pula seorang rakan saya yang sudah berjawatan Ketua Biro Kedah di sebuah akhbar bahasa Melayu, lalu dipindahkan ke ibu pejabat tetapi kemudian berhenti. Dia kemudian kembali semula ke Kedah untuk menjadi usahawan menjual barangan dan produk taman-taman seperti pasu bunga dan sebagainya bersama isterinya. Katanya, hidupnya kini lebih seronok, melegakan, relaks, aman dan tenteram.
Walaupun kerugian akhbar bukan subjek yang baru kerana sebelum ini pun pernah kedengaran kuat beberapa akhbar mengalami kerugian.
Malah ada yang rugi teruk sehingga kerugian sepanjang tahun pada tahun lepas, kerugian sebanyak itu dicatatkan dalam tempoh hanya setengah tahun pada tahun ini !!
Ada pula menghadkan token, O.T dan pelbagai kemudahan termasuk kemudahan perubatan ditarik balik bagi kakitangan.
Kakitangan pula jumlahnya dihadkan menyebabkan, pekerja terpaksa melakukan banyak kerja kerana kekurangan kakitangan.
Terdapat juga pihak yang berasa aneh dengan kerugian ini sambil berkata: "Apek jual besi buruk pun boleh untung, tapi kenapa syarikat yang dah berniaga lama macam ini boleh rugi teruk."
Bagi saya, kenyataan seperti itu tidak adil jika ditujukan kepada sesebuah syarikat kerana ia nampak hanya mahu menyalahkan. Hakikatnya bukan satu atau dua akhbar yang rugi tetapi jumlahnya banyak.
Dari segi kontent, ia bukan menjadi satu-satunya faktor utama kerana ada syarikat yang kontentnya berlainan juga mengalami kerugian.
Bagi saya, selain percaya kepada konsep 'Content is king', kita perlu juga melihat kepada ledakan media sosial tadi iaitu orang mahu maklumat yang diperoleh dengan cepat, mudah dan percuma. Ini lah konsep yang tiada pada akhbar yang dicetak lalu dibawa oleh lori pada pukul 3 pagi kemudian dijatuhkan depan kedai runcit atau tempat vendor lalu vendor mengagihkan kepada pekedai, kemudian memperagakan paper itu di kedai masing-masing pukul 7 pagi.
Kalau lori membawa paper itu accident maka pagi tu satu kawasan lewat baca paper atau paper itu tiada langsung di pasaran.
Hakikatnya, orang surat khabar mengetahui apa yang sedang berlaku. Sebab itu tumpuan diberikan habis-habisan kepada penajaan iklan, pembelian bulk sales dan menubuhkan portal dan kontent internet.
Pelbagai portal-portal yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan meningkatkan lagi saingan akhbar yang sememangnya tidak berdaya bersaing dengan medium baru seperti itu. Kecualilah mereka turut membuka unit media baru untuk masuk ke dalam pasaran. Itu pun ia tidak begitu mencatatkan keuntungan yang boleh menampung kerugian keseluruhan syarikat, setakat ini.
Terdapat sesetengah portal pula yang sanggup menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada wartawan.
Walaupun saya bukan lah berada dalam industri itu lagi, namun saya amat berharap agar industri akhbar dapat kembali menyinar kerana saya percaya ledakan media sosial ini adalah bersifat sementara dan suatu hari ia akan padam dengan digantikan dengan sesuatu yang lebih baru.
--sekian dulu, bersambung pada masa akan datang (jika ada mood dan ada masa).
No comments:
Post a Comment