Wahai manusia yang diberikan kuasa,
terus lah dengan kuasamu,
aku tak berhajat kepada kuasamu.
Wahai manusia yang diberikan harta kekayaan,
terus lah dengan kekayaanmu,
aku tak mahu harta kekayaanmu.
Wahai manusia yang diberikan kemahsyuran,
teruslah dengan kemahsyuranmu,
aku tak berhajat kepada kemahsyuran itu.
Wahai manusia yang diberikan kemiskinan,
aku tak berhajat dengan kemiskinanmu.
Bukan, bukan, bukan....
Bukan itu yang aku mahu daripada mu wahai saudaraku!
Keinginanku ialah agar aku dan kamu taat perintah Allah dan rasul-Nya.
Itu sahaja.
Kerna dengan taat itu kita akan berjaya
Sama ada kita kaya atau miskin,
susah atau senang,
pemerintah atau diperintah,
di desa atau di bandar,
berkulit putih atau hitam,
di utara atau selatan,
buta huruf atau terpelajar,
mahsyur atau tak dikenali ......dan sebagainya dan sebagainya.
Monday, February 4, 2013
Saturday, February 2, 2013
Masjid lebih RM1 juta tiada tandas, tempat wuduk
TAWAU 2 Ogos 2012 - Pelik tetapi benar. Masjid Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dekat sini yang bernilai lebih RM1 juta dan baru siap tidak mempunyai ruang mengambil wuduk serta tandas untuk wanita.
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang amat kesal dengan keadaan itu menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah menjelaskan mengenai keadaan itu termasuk kos sebenar pembinaannya.
"Saya difahamkan ia menelan belanja kira-kira RM1.1 juta, adakah wang sebanyak itu tidak mencukupi untuk membina kedua-dua kemudahan asas berkenaan.
"Agak sukar untuk difahami bagaimana kemudahan yang wajib ada itu tidak disediakan di masjid. Macam mana jemaah wanita mahu mengambil wuduk dan menggunakan tandas?," katanya di sini semalam.
Tegas Abdul Ghapur, sekiranya berlaku penyelewengan ke atas peruntukan pembinaan masjid itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia campur tangan untuk segera menyiasatnya.
Katanya, situasi 'aneh' di masjid itu telah menimbulkan rungutan daripada masyarakat setempat dan ia secara tidak langsung menjejaskan imej kerajaan.
"Sepatutnya setiap pembinaan kemudahan kerajaan terutama masjid harus dilaksanakan penuh teliti dan sempurna kerana ia melibatkan wang rakyat, apatah lagi apabila kemudahan itu adalah untuk tempoh jangka masa panjang," katanya.
----> komen Z76: Betul ke ni?

Subscribe to:
Posts (Atom)