Friday, April 15, 2011

Bertemu rakan bloggers

PEJAM celik, pejam celik rupa-rupanya hari ini genap sebulan Z76 tiada posting baru sblm ni. 
Sibuk sekarang ni dengan macam-macam perkara termasuk lah masa, suasana, persekitaran dan keadaan yang tak memahami, mencemburui dan tak mengizinkan meng update blog, bahkan kadang kala nak jenguk blog pun tak berkesempatan.
Apapun, berada di utara ni sungguh menarik. Baru duduk brapa bulan dah dapat berjumpa bbrp bloggers seperti Hj Musa Kola Kedah , Anak Pendang dan Tarmizi Anak Bukit
Di Johor dulu, blogger lelaki tak dapat jumpa, tetapi ahliah saya yang dapat jumpa kawan2 bloggersnya. Jadi dapat lah saya jumpa suami-suami depa semua. Antaranya Kak Nurul, Ana aliah Najib, dan di Melaka, Kak Umma Ali bersama pasangannya, Cikgu Raof dan Ustaz Ishak al-Muhajier al-Qurbani (masa tu dia masih bujang). 

Hj Musa, adalah orang lama dalam usaha yang penuh fikir agama. Wajahnya tergambar simpati dan kerisauan terhadap umat yang membuak-buak dan apabila bersembang dengannya maka cukup terserlah sikapnya yang amat ramah tamah, mesra dan merendah diri.
"Kalau sebut Hj Musa, semua orang kenal kat sini, sebab kat sini ada sorang je nama Musa," kata fikirmen itu.
Semasa nampak Hj Musa duduk memberi targhib student di markaz, saya masih belum mengenalinya yang mana student foreign pun duduk mengadapnya di depan tetapi di sisi tepi. Saya memberi terjemahan serba sedikit. (seperti diceritakan beliau di sini.)
Selesai memberi targrib, beliau datang ke arah kami lalu baru saya kenal rupa-rupanya beliau lah bloggers yang tidak asing lagi di kalangan rakan seusaha. 
Orang lama dlm usaha dan yang terbaru disambutnya takaza masturat dan student yang dibentangkan juga kepada saya.
Tapi apa nak buat Tn Hj, saya di sini memang lemah, dulu pun lemah juga, doakan lah saya agar dapat guna diri masa dan harta lebih banyak di jalan Allah.
Anak pendang, saya jumpa semasa satu jemaah ulama dari Patani datang ke sini. Anak pendang mudah nak bersembang dengannya. Apapun boleh dibincangkan...fb, blog..etc. Orang muda la katakan, tapi bukan pemuda biasa kerana dia adalah pemuda yang bercita-cita untuk menjadikan dakwah maksud hidup. 
Beliau kenal ramai rakan seusaha di Penanti, termasuk lah sorang member bernama, Munir
Tarmizi pula saya jumpa semasa sama-sama nusrah jemaah pedal di Mergong. 
Semoga Allah terima pengorbanan tuan semua. Dan insya-Allah nanti ada rezeki kita jumpa lagi.

15 comments:

musa said...

Assamulaikum Hai ini sudah lebih

fuad ansari said...

Silaturrahim yang dibina atas dasar dakwah dan juga kerana Allah, adalah sangat indah.. (",)

p/s:bilamana bertemu dan berpisah kerana Allah, mudah-mudahan beroleh naungan arasy Allah swt di hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah swt..(",)

Husaini said...

ingat lagi seorg rakan seusaha pernah berkata, kalo kita x sempat jumpe lagi pon lepas nih..insyaAllah kita akan berjumpa di syurga.. =)

azharjaafar said...

lariiiiiii.....!!!

Unknown said...

alamak?? terlebih sudah abg shah???
sy ni seorg pemuda yg suka merepek sambil kerepek...
skrg smbil membawa diri ke Kulim...

p/s:abg munir dapat keje kerajaan,barangkali dia agak sibuk banget..

Ismi Ijmi said...

MasyaAllah.
ustaz z76,kalau dtg kelantan jangan lupa contact ya!.
leh bw tempat2 best ..

Ismi Ijmi said...

MasyaAllah.
ustaz z76,kalau dtg kelantan jangan lupa contact ya!.
leh bw tempat2 best ..

Sofinee Harun said...

Markaz Jitra sangat sangat best......!!! Rindu dgn usaha kat sana...tersangat..Nanti kalau jumpa cikgu Alias, org lama jugak, bagitau dia anak hj harun dan menantu kirim salam, kami rindu sama semua karkun Jitra. Minta ahlia Z786 kirim salam dgn Ahlia cikgu Bakar kalau pergi taaklim titi besi.

Ziarah76 said...

Hj musa,
kalau jd lebih baik takpe..hehe


fuad & husaini
amin.. mudah-mudahan

AJ,
kejar!!!


Anak pendang,
lemah mcm mana pun, kita mahu ada azam utk jadikan dakwah maksud hidup, insya-Allah.


Ibnu Mutalib,
Tuan, saya bukan ustaz... sy org biasa je
Insya-Allah, kalau ke Ktan, akan dipostingkan entry terlebih dahulu. hehe


ummi,
memang best di utara. makanan murah2 dan sedap-sedap. hehe
taklim masturat kami di alor malai je, tapi kalau ada kesempatan ke titi besi, insya-Allah

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Subhanallah. Ikan di laut, asam di darat. Di dalam talam bertemu jua.

Sofinee Harun said...

oo..taaklim sekarang dah ada dua ye..lupa..minta ahlia kirim salam la pada sesiapa di situ, Insya Allah yg lama lama kenal..rindunya tiap kali balik tak sepat nak jumpa semua org..markaz Jitra tu..masa zaman kegemilangan....time taaklim wanita jadi tadika..

musa said...

Umi sekarang rumah taklim markas Jitra ada 6 rumah. A Setar, Bandar Darulaman, K Batas, Pendang, K Nerang Langkawi

Ziarah76 said...

Ishak,
dlm perut jua diproses

Ummi,
skrg pun kira gemilang jugak Jitra ni. hehe

Hj Musa,
rumah taklim dekat je, tapi kami sampai lewat, istigfar..

Ahliacikgukhairul said...

Mana Munir tak komen nih? Hehe..

Ziarah76 said...

ahliahCK,
Munir sibuk sikit agaknya sejak bertukar keperluannya
hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails