Thursday, February 3, 2011

Kesusahan rakan di Mesir

Seorang rakan yang berada di Kaherah menghubungi saya beberapa kali (sekitar pukul 9 malam - 11 malam waktu Msia) hari ni, 3 Feb.2011.
Katanya, dia berada di lapangan terbang antarabangsa kaherah bersama para pelajar Msia. Ada pelajar yg dah tunggu flight 10 jam tapi setakat sekarang (masa dia call) masih belum ke mana-mana. Sepatutnya depa hendak dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi. Tapi masalahnya, kerajaan Arab Saudi belum beri clearance untuk flight mendarat. 
Pukul 11 mlm ni, katanya, clearance dah dapat, para pelajar akan bertolak secara berperingkat dgn flight TUDM, MAS dan Airasia ke Jeddah. Kena tunggu lagi 3 jam.
Para pelajar dibekalkan air kotak, kek muffin sementara menunggu. Ramai yang dah takde duit sebab bank dah tutup sejak tujuh hari lepas. 
Pelajar di asrama habiskan makanan yang berbaki, tapi pegawai rumah negeri-negeri arahkan pelajar berkumpul di lapangan terbang untuk dibawa ke Jeddah.
Sebab, ramai banduan lari dari penjara, keadaan jenayah juga meningkat, ditambah pula dengan kekacauan di sana sini. Seorang pelajar Malaysia, rumahnya dipecah masuk dan lap top rakannya dicuri.
Di lapangan terbang ada khemah disediakan, tapi tak cukup, kurang selesa kerana jumlah pelajar ramai. Ramai ostat dan ustazah, ada jugak yang bukan ostat dan ustazah. Student al-Azhar la katakan.


Sekian. Tak payah la tulis banyak2 kat sini.

2 comments:

mhafiz_ydin said...

Mudah-mudahan Allah swt kurniakan yang terbaik untuk Mesir..

Ibnu Mutalib said...

semoga Allah lindung sahabat2 kita di sana

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails