Al kisah, satu ketika ada seorang mamat bermuka serius, gempal dan kulit sawa matang yang tiada sebarang rasa kelakar pun kalau dilihat raut wajahnya, tapi masalahnya dia bercita-cita hendak jadi pelawak terkenal.
Jadi, dia masuk uji bakat raja lawak dua tahun berturut-turut. Tapi malangnya gagal, tak lepas untuk pusingan seterusnya.
Atas masalah peribadi, hidupnya terumbang ambing beberapa ketika akibat beberapa masalah yang kronik dlm hidupnya, sehingga satu hari, dia tak tahu nak pergi mana waktu malam, letih, kemudian pergi ke sebuah masjid untuk berehat tapi tertidur.
Sebagaimana yang telah diatur oleh Allah, di masjid itu ada jemaah sedang keluar 3 hari.
Maka, selepas dia bangun dari rehatnya, jemaah beramah mesra dengannya, menikmati juadah bersama dan mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi.
Dia menceritakan satu persatu tanpa segan silu sebab dah tak tahu di mana hendak mengadu.
Dia kemudian meluangkan masa 3 hari bersama jemaah dan selepas tamat 3 hari itu, dia mengikut ke markas pula.
Hari ini dia ada azam kuat untuk keluar 40 hari pada Mei ini. Tuan-tuan doa lah untuk dia. Semoga Allah mudahkan, aminn...
Monday, March 29, 2010
Thursday, March 25, 2010
Fb disekat
Sejak beberapa hari lalu, penggunaan Facebook (Fb) di pejabat, disekat.
Alasannya, ia didakwa telah mengganggu produktiviti pekerja.
Contohnya, semakin banyak kes pekerja yang tersenyum-senyum, tersengih-sengih seorang diri depan monitor sedangkan kerja hakiki masih tak siap atau lambat siap, slow.
Ramai juga yang bila masuk pejabat, Fb benda pertama dibuka, diuruskan dan bukannya kerja hakiki yang sepatutnya lebih menjadi keutamaan.
Selain masa terbuang ke perbuatan yang tak sepatutnya digajikan, Fb juga membabitkan peningkatan kos syarikat apabila kemudahan ICT digunakan pada sesuatu yang tak perlu.
Pekerja juga dikatakan semakin kurang fokus terhadap kerja sebaliknya menjadi manusia yang seolah-olah asyik menggunakan fikirannya untuk sesuatu berkaitan Fb. Perasaan umpama tak tenteram selagi tak menyemak status, komen atau apa-apa yang ada dalam Fb dan sebagainya.
Selain itu, permainan-permainan menternak haiwan, berladang, peniaga restoran, mafia dan sebagainya yang menjadi 'kegilaan' dalam Fb turut menjejaskan masa pekerja dan kadang kala mereka seolah-olah terikat dengan sesuatu yang tidak diketahui sebabnya.
Tanggapan bahawa masalah itu boleh dielak bila pekerja bijak menggunakan masa dikatakan meleset kerana didakwa setakat ini rata-rata manusia tak dapat mengawal diri terhadap tarikan keseronokan maya.
Itu adalah sebahagian dakwaan hingga membawa kepada Fb disekat di pejabat oleh unit IT.
Benar atau tidak? Terserah kepada anda. Yang pasti tentu ada pro and con.
Langkah itu tentulah menimbulkan situasi yang sudah dijangka iaitu rasa kurang senang kerana ia tak dapat diterima di kalangan kebanyakan pekerja, lebih-lebih kepada 'hantu Fb' yang menerima hakikat itu sebagai sesuatu cukup menyayat hati, sadis lagi trajis.
Ada juga yang menggunakan kepakaran IT tanpa tauliah untuk menggodam apa-apa yang patut supaya yang disekat dapat dibuka semula secara haram untuk ber Fb.
Syukur alhamdulillah, disebabkan tak berapa aktif ber Fb (setakat ini) nampaknya sekatan itu 'tak memberi apa-apa kesan' bahkan dapat saya terima dgn baik dan hati terbuka. Dan sebab itu jarang juga membuka Fb di pejabat sejak ada Fb dulu. Begitupun, bukan bermakna saya bersikap negatif terhadap Fb, bukan begitu. Sikap positif terhadap teknologi memang menebal.
*Bacaan tambahan: Hukum Facebook

Tuesday, March 23, 2010
Rasulullah SAW di mata sahabat
Biasa yang dibuat oleh mereka yang tiada idea atau tak sempat untuk buat posting baru ialah copy paste artikel mana-mana yang patut.
Z76 pun nampaknya tak terkecuali akibat hambatan masa dan sebagainya, kununnya.
Lagi pula, kalau di hapdate kan maka nampaklah blog ni seolah-olah idup bergerak maka dengan itu, iklan-iklan di sebelah tu boleh lah macam bernafas di jenguk pelawat... hehe.
---------------------------------------------------------------------------------
Kat bawah ni copypaste.
Rasulullah SAW di mata sahabat
PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
PADA minggu sebelum ini, kami membicarakan serba ringkas mengenai tuntutan memuliakan Rasulullah SAW dan perbezaan di antara maksud menyembah dan membesarkan Rasulullah SAW.
Menyambung tajuk tersebut, pada kali ini kami tidak berhasrat untuk mengemukakan dalil-dalil selanjutnya. Melihat kepada ruangan yang agak terhad kami ingin mengajak pembaca melihat bagaimana kuat dan tingginya kecenderungan para sahabat memuliakan dan mengagungkan Rasulullah SAW.
Ini adalah jalan yang paling mudah untuk kita melihat dan mengetahui cara yang sepatutnya kita menyanjung Rasulullah SAW dan bagaimana seharusnya kita meletakkan pandangan dan ikatan hati kita terhadap Baginda SAW.
Subscribe to:
Posts (Atom)