Friday, January 30, 2009

Rumah untuk disewa

CUTI baru2 ni sibuk skit uruskan Urdu (Urusan Dunia) & tiba2 pulak darjat keduniaan kami ditingkatkan drpd penyewa rumah sewa kpd tauke tuan punya rumah sewa.
Mana taknya, rumah teres setingkat yg dibeli dgn harga RM148,000 akhirnya siap dan kuncinya kami ammik semalam. Disebabkan kami tak boleh duduk kat rumah tu berikutan terpaksa bekerja di negeri selatan Semenanjung, maka terpaksa la ia disewakan kpd sapa2 yg berminat.Detail rumah:
Jenis rumah: Teres setingkat, 3 bilik, 2 bilik air.
Alamat: Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor D.E.
Sewa: RM500 sebulan (boleh nego)
Deposit: macam biasa la di KL kena minta 2+1 campur deposit api air RM100.
Keterangan rumah: rumah ni takde rekod terbengkalai tapi progresnya disiapkan lambat akibat masalah pemaju Talam Property, tapi depa buat smart coop dgn IJM, jadi IJM siapkan semuanya.
Lokasi: kekuatan rumah ni ialah lokasinya strategik kerana dekat dgn Putrajaya, UPM, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Stadium Bukit Jalil, Cheras dan Seri Petaling. Boleh katakan rumah ni terletak di tengah-tengah semua tu. Kalau nak ke Markaz Sri Petaling lagi dekat sebab ada jalan tembus dari rumah ke taman teknologi park (TPM) pastu terus ke Stadium Bukit Jalil dan tetiba dah kat depan Carrefour. Kalau nak ke Dengkil, Sepang, Banting pun boleh tembus ikut highway belakang.
Dari angle ke arah Putrajaya, rumah ni dekat ke Pasar Borong Selangor yg terdapat depannya Jusco etc. Kemudahan byk beb, highway pun byk, stakat ni takde tol.
Rumah ni satu-satunya fasa teres setingkat di kawasan Taman Puncak Jalil (yg lain semua 2 tingkat). Surau terdekat di fasa sebelah (dekat je) n in the future ada surau (bangunan asing) di flat depan rumah (lagi dekat). Taman perumahan ni lebih kurang 65 % melayu/Islam.
Kelebihan penyewa pertama ialah menduduki rumah 'baru' dgn semua barang2 dlmnya belum dirasmikan. Banyak selling points sebenarnya dan setakat ni dah ada 2 ajen rumah berminat nak uruskan penyewa dan 2 penyewa yg dah bkahwin call untuk menyewa dan seorang anonymous bagi SMS tanya harga sewa. Tapi belum finalised sapa bakal penyewa bertuah tu. huhuhuu...
Kalau sapa2, tuan2, cik puan berminat boleh call selagi stok masih ada. Terima kasih krn membaca, ini adalah iklan pertama dalam blog ni. Jazakallah khair.

Tiba-tiba pulak CIQ

"Apa yang pasti, kesudahan isu CIQ baru atau lama ini perlu dimuktamadkan supaya CIQ tidak terus diberi julukan 'CIQ oh CIQ...' atau 'See I queue...' (lihat saya berbaris...)".
Tiba2 rase teringat pulak rencana pasal CIQ yg disiarkan dlm paper baru2 ni. Petikan atas adalah sebahagian drpdnya & kalau nak baca seterusnya boleh click Utusan Malaysia.

Wednesday, January 21, 2009

Menjadikan umat Islam mulia semula


Umar al-Khattab r.a pernah berucap: "Dahulu kita adalah kaum yang hina. Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Seandainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita, maka kita akan dihina oleh Allah. (Riwayat sahih al-Hakim).
Ulama, Abu al-Hasan Ali al-Nadwi dalam bukunya Kaifa Dakhala al-Arab al-Tarikh (Bagaimana Bangsa Arab Boleh Tercatat Dalam Sejarah) menggambarkan kehidupan orang Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan terpencil walaupun memiliki beberapa ciri-ciri kekuatan seperti akhlak mulia, bersifat berani, pandai membuat senjata, mempunyai bahasa yang indah - tetapi semua kelebihan mereka tidak meninggikan mereka dan tidak menjadi manusia mulia.
Al-Nadwi berkata: "Orang Arab perlu tahu bahawa mereka tidak akan disebut dalam sejarah (dunia) kecuali disebabkan risalah dan dakwah Islam.
"Allah tidak akan melahirkan rasa cinta dalam hati dan jiwa (orang lain) kepada mereka, tidak akan menyebarkan bahasa mereka sehingga begini luas, tidak kekal dan abadi, tidak menulis ilmu yang banyak (dalam bahasa itu), tidak membina perpustakaan yang begitu besar di mana ia dimanfaatkan oleh ulama lain melebihi orang Arab sendiri, melainkan kerana kelebihan al-Quran dan syariat Islam.
"Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan yang asal dan tidak akan dikenang dengan kemuliaan dalam sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya,"
kata ulama itu yang pernah berkunjung ke Malaysia sekitar tahun 1987 dan meninggal dunia pada tahun 22 Ramadan 1420 hijrah atau 31 Disember 1999.
Kesimpulannya, jumhur ulama bersetuju bahawa umat Islam sama ada bangsa arab, melayu, anglo saxon dan sebagainya hanya akan menjadi mulia semula jika mengambil agama dalam kehidupan dengan beramal soleh dan kembali memasuki pintu yang sama iaitu menjalankan kerja dakwah. Jika tidak, maka kehinaan dan kemunduran akan menimpa umat ini.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails