Wednesday, October 27, 2010

Surat Mufti Negeri Sembilan

SURAT MUFTI NEGERI SEMBILAN
(Salinan dari surat asli Rujukan (4) dlm JMKNNS 209(01)747/1 jld.2
Tarikh 16hb Zulhijah 1423/18 Februari 2003

Tuan Nazir, AJK dan Pegawai Masjid
Semua Masjid dan Surau
Di Negeri Sembilan Darul Khusus

(Assalamualaikum Wm Wb)

Tuan,
USAHA JEMAAH DAKWAH DAN TABLIGH DI MASJID DAN SURAU DI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sehubungan dengan itu, jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan memang menyokong usha jemaah dakwah dan tabligh di Negeri ini. Usha dakwah dan tabligh ini adalah satu usha yang baik untuk memakmurkan masjid serta surau dan ini memang membantu usha-usha kami.

3. Memahami perjalanan usha dakwah dan tabligh ini tidak memerlukan pertauliahan. Jadi kami berharap pihak AJK Masjid dan Pegawai Masjid memberi segala kerjasama kepada jemaah dakwah dan tabligh yang datang serta usha-usha dakwah dan tabligh tempatan di kariah tuan.

4. Dengan kerjasama dari pihak tuan itu terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih.

“BERSAMA HAYATI KEINDAHAN ISLAM”


Saya yang menurut perintah,
-----------------------------------------------------
(DATO’ HJ MOHD MURTADZA BIN HJ AHMAD)
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-7652420/7652421/7652425/7652426
Fax: 05-7652427
E-mail:jmknns.tm.net.my

[disalin dari buku ‘MARI berTABLIGH’, tulisan Hj Hanapi USM/Kolej Chermai (Hj Md Hanapi Md Noor), Pencetak Engsin Printing Press, Mak mandin, Penang. 2010. ISBN: 878-967-99941-1-7]

SUMBER

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir mengaminkan doa semasa menghadiri Ijtimak di Nilai, N. Sembulan tahun lepas. Turut berada di pentas Menteri Besar Negeri Sembilan (di belakang Yang Dipertuan negeri) dan Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi (juga di belakang). (Zahid sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan agama Islam)

Tuesday, October 26, 2010

Bidaah menurut syarak dan bahasa

Majlis tahlil  - Gambar hiasan
BIDAAH tidak akan menjadi isu yang terlalu rumit dan bermasalah jika kita bersedia menerima pembahagian bidaah kepada bidaah hasanah (yang baik) dan bidaah sayyi'ah (yang buruk).
Malangnya sebahagian umat Islam mengkritik pembahagian bidaah ini. Mereka begitu keras mengingkari setiap orang yang menerima dan memperkatakan tentang pembahagian bidaah ini.
Bahkan, ada di antara mereka yang menuduh fasiq dan sesat terhadap setiap orang yang mempunyai fahaman sedemikian.

Monday, October 18, 2010

Imam Al-Bukhari, Tokoh Ulama Hadis

Sumaiyah memegang buku setebal 63 muka surat
Baru-baru ni saya dihadiahkan sebuah buku kisah riwayat Imam Bukhari bertajuk Imam Al-Bukhari Tokoh Ulama Hadis yang dihasilkan oleh Dr. Taqiyuddin An-Nadawi Al-Nadzahiri dan diterjemah oleh Haji Jainal Sakiban al-Jauhari dan ditashih oleh Lujnah Penyemak dan Pentashid Penerbitan Agama Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Dalam buku ini, banyak lah kisah menarik dinukilkan secara ringkas dan padat mengenai riwayat Imam Bukhari (lahir, 13 Syawal 194 hijrah dan wafat 256 hijrah). Nama sebenar Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Muhirah bin Bardizbah Al-Ja'fi. Datuk beliau, Bardizbah ialah seorang yang berbangsa Parsi (Bardizbah bererti petani).

Kata-kata aluan oleh Mufti Johor

Antara kisah menarik ialah Imam Bukhari yang mendapat pertolongan daripada Allah iaitu semasa kecilnya, Imam Bukhari telah mengalami buta mata. Ibunya telah bermimpi berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s lalu berkata kepadanya: "Wahai si ibu, Allah telah mengembalikan penglihatan anakmu kerana banyaknya anda berdoa. " Lalu Allah pulihkan penglihatannya, si ibu begitu gembira dengan peristiwa itu.  
Selain latar belakang Imam Bukhari, buku ini juga antara menceritakan tentang sifat peribadinya, keturunan, kelahiran dan pengembangannya, kecekapan, pengembaraan ilmu dan pengembaraan zaman sahabat r.hum.
Selain itu, buku ini juga memberitahu tentang Imam Bukhari mengenai guru-gurunya, muridnya, kehebatan hafazannya, zuhud, warak, kesopanan dan akhlaknya, kegemarannya, kecekapan memanah, kitab karangannya, pujian Imam Nawawi terhadapnya, kedudukannya yang hebat, dan mazhab fikahnya yang bertaklid (mengikut) kepada mazhab Syafie. (Bayangkan tokoh Islam yang begitu hebat juga mengikut mazhab, apa pula hujah orang biasa hendak bebas daripada mengikut mazhab?)
Kitab karangan Imam Bukhari tidak terkira banyaknya tetapi dalam buku ini disenaraikan 21 kitab seperti Al-Jami' Al-Sohih, Al-Adab Al-Mufrad, Raf'ul Yadaini Fis Solah, Al-Qiraah Khalfal Imam, Birrul Walidain, Al-Tarikh Al-Kabir, Al-Tafsir Al-Kabir, Al-Musnad Al-Kabir dan sebagainya.
Sebanyak 46 kitab ulama yang mahsyur dan muktabar menjadi rujukan buku ini.


Terdapat 46 kitab karangan ulama-ulama termahsyur dan muktabar sebagai rujuk buku ini dengan 3 kitab yang dirujuk ialah karangan Al-Allamah Maulana Zakariya al-Kandahlawi yg juga pengarang kitab Fadhail Amal yang dibaca secara meluas oleh umat Islam terutama jemaah Tabligh.
Antara kitab karangan Maulana Zakariya al-Kandahlawi yang dirujuk oleh buku ini ialah:
1) Al-Abwab wa Tarajim li Al-Bukhari.  
2) Muqadimah Aujaz Al-Masalik.
3) Muqadimah Lami' Al-Darari.


Jika anda berjumpa dengan buku riwayat Imam Bukhari bertajuk Imam Al-Bukhari Tokoh Ulama Hadis ini, amat bermanfaat untuk dibaca, insya-Allah. Mudah-mudahan.

Sekian.

[[Sebelum mengakhiri entry, bagi orang di luar sana, jika anda terserempak dengan orang membaca kitab taklim Fadhail Amal karangan Maulana Zakariya al-Kandahlawi di masjid-masjid atau surau-surau, maka dialu-alukan sangat supaya duduk lah majlis taklim itu. Mudah-mudahan dapat amal dan sampaikan hadis-hadis yang diperdengarkan.
Jika pernah anda terdengar ada yang cuba mempertikaikan kitab itu kerana terdapat hadis dhaif maka mudah-mudahan tidak lah kita termakan dengan hujah-hujah itu kerana ketokohan pengarang kitab itu sememangnya diperakui dan tiada syak.
Dan jika anda pernah mendengar orang mengatakan bahawa orang Tabligh adalah golongan taklid (mengikut) maka katakanlah bahawa Imam Bukhari juga bertaklid]].

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails