Monday, October 5, 2009

Reaksi terhadap Sisters In Islam, JAG, WAO

DI bawah adalah antara reaksi pelbagai pihak terhadap tindakan Sisters In Islam (SIS), JAG, WAO yang mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang syariah negeri-negeri. Reaksi diambil daripada akhbar.

Batal pendaftaran SIS, JAG, WAO
JOHOR BAHRU 4 Okt. - Kerajaan disaran membatalkan pendaftaran Sisters In Islam (SIS), Kumpulan Tindakan Bersama Jantina (JAG) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) jika mereka terus mempertikaikan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini. Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut (gambar) berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi mengelakkan pelbagai implikasi negatif kepada rakyat dan negara jika NGO terbabit masih berdegil. (baca seterusnya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm


Bapa Kartika minta SIS usah campur
IPOH 4 Okt. - Bapa model sambilan, Shukarnor Abdul Mutalib meminta Sisters In Islam (SIS) tidak mencampuri urusan berkaitan hukuman sebat yang dikenakan ke atas anaknya, Kartika Sari Dewi, 32.
Beliau yang mempersoalkan akidah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, SIS tidak sepatutnya menggunakan isu anaknya untuk mendesak kerajaan Persekutuan memansuhkan undang-undang jenayah syariah.
''Saya dan Kartika sudah keliru kerana dulu saya anggap mereka ini NGO yang membela perempuan Islam tetapi akhir-akhir ini tindakan mereka sudah mengarut sehingga tiada sempadan.
''Apakah matlamat sebenar perjuangan SIS? Kalau mereka menentang hukum sebat ke atas Kartika hanya kerana mahu hapuskan undang-undang syariah, lebih baik jangan guna nama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. (baca terus di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Majlis Fatwa Kebangsaan diminta siasat JAG, SIS
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyiasat Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Kesaksamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) dan jika bersalah mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, kenyataan kedua-dua kumpulan tersebut mengenai hukuman sebat ke atas model sambilan Katika Sari Dewi Shukarnor baru-baru ini boleh dikategorikan sebagai mempertikaikan hukum syarak dan penghinaan terhadap Islam.
''Malahan kenyataan berkenaan juga boleh menjerumuskan seseorang itu menjadi murtad jika ia dibuat secara sengaja dan sedar. (baca terus di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

---sekian. Link code ada masalah, jadi buat sementara, nak baca terus boleh la copy paste link tu.

Sunday, October 4, 2009

Bubarkan Sisters In Islam!

Sisters In Islam (SIS) buat hal lagi. Kali ni dgn tak bertanggungjawab menyifatkan undang-undang syariah iaitu hukuman sebat bagi orang Islam minum arak sebagai zalim.
Dakwaan yg tak sepatutnya dikeluarkan dari mulut orang Islam itu menjadikan masyarakat Islam bertambah meluat terhadap persatuan yg menunaikan agenda barat dlm hal berkaitan hak wanita Islam di negara ini.
Lebih mengesahkan kedangkalannya, SIS sanggup bersekongkol pula dengan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) - NGO yang dipertikaikan penubuhannya dan apatah lagi diragui kefahamannya mengenai Islam dgn sebahagiannya dipimpin bukan Islam. Mereka bersekongkol mahu melanyak undang-undang Islam iaitu mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang Islam di negeri2.
Dari dulu SIS ini memang 'menyesakkan' fikiran umat Islam dgn tafsiran yang diragui mengenai isu-isu semasa berkaitan Islam.
Byk org bercerita pasal SIS maka di sini tak perlu dibincangkan asal usulnya kerana akan membazirkan masa shj. Secara konsensus ramai sepakat mengakui fahaman Islam SIS amat bermasalah hingga ada seorang ahli parlimen yang juga peguam syarie menyatakan SIS sebagai menyimpang seperti juga Ayah Pin dan sebagainya. (Baca The Star, 4 Okt. 09, page 4).
Saya rasa sudah sampai masanya SIS dibubarkan atau diharamkan sahaja, jika hala tujunya tak diubah. Bagaimanapun, pendapat saya, orang2 dlm SIS tu tidak lah patut dimaki hamun atau diapa2kan kecuali dibawa ke jalan yang benar.
Secara peribadi, saya pernah berkesempatan bercakap dgn sorang pemimpin tertinggi SIS, beberapa tahun dulu yang antara lainnya katanya: "Semua masalah di dunia ini adalah berpunca daripada lelaki."

-Hampeh betul...memang tak berasas!

Saturday, October 3, 2009

Kisah pejuang...

Ini kisah simpati terhadap seorang rakan yg dikenali lebih 8 tahun. Kami masuk kerja sekali bahkan dlm batch kami hanya kami berdua. Latar belakang agak berbeza, dulu belajar di universiti berbeza, bidang berbeza - tapi gaji sama, kerja pun tonggang terbalik sama, susah payah sama, byk yg sama, gelak ketawa pun sama.
Kehebatannya dlm kerja tak dapat disangkal lagi tapi entah kenapa saya lebih dahulu naik pangkat dan byk bekerja di negeri-negeri dan kadang2 ke luar negara.
Setelah lama membelanjakan masa dlm kerjayanya baru dia ditawarkan kenaikan pangkat tetapi dia menolak. Sebabnya, jika naik pangkat dia tak boleh aktif persatuan sekerja - berjuang membela nasib pekerja bawahan. Kepimpinannya boleh tahan, garangnya selalu menggigit, marahnya merah padam dan taringnya selalu berkilat.
Sebagai pressure group dalaman, dia mengatur pelbagai langkah contohnya menuntut kenaikan gaji, elaun, kebajikan dan sebagainya - tetapi ditolak majikan. (Saya bukan ahli persatuan kerana tak termasuk dlm golongan itu). Setelah berlarutan pelbagai kes dan ranjau yg panjang akhirnya sblm raya dia dibuang kerja dan kenyataan dia bukan lagi kakitangan disiarkan dlm akhbar selepas raya.
Dia yg pada waktu ni giat cari kerja lain, tiba-tiba terjejas reputasi dan imej hingga ada syarikat yg mentah2 tak mahu menimbangkan permohonan kerjanya.
Walaupun orangnya jenis tabah, tapi kini perasaan tertekan, berkecamuk, down, serabut mula datang, sbb waktu ni takde kerja, takde income untuk menyara keluarga iaitu sorang anak berusia 2 thn yg cute dan sorang isteri.
Semoga Allah mudahkan urusan dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails