بسم الله الرحمن الرحيم
Doa penutup ijtimak oleh Maulana Yusof rah
Ya Allah ya tuhan kami! Ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah ampunilah dosa kedua-dua ibu bapa kami, ya Allah ampunilah dosa dan kemaksiatan saudara mara kami, ya Allah ampuni lah dosa dan kejahatan anak isteri kami, ya Allah ampunilah dosa dan kesalahan umat Muhammad s.a.w. Ya Allah! kami bersalah, kami berdosa, kami telah mnzalimi diri kami, jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah, Engkau Amat Mengetahui bahawa kami telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak terkira banyaknya, kami mendurhakai-Mu, kami tetap bersikap acih tak acuh terhadap perintahMu, tetapi ya Allah! Kami sedar dan insaf kami bertaubat kepadaMu maka terimalah taubat kami dan ampunilah kami. Ya Allah Ya Tuhan kami! Kami beradadalam kancah kemaksiatan dan kejahatan, ya Allah masa hayat kami hampir berakhir dalam mengikut nafsu, wahai Yang Maha Pengasih! Kami telah terbenam dalam keduniaan da dunia ini telah menjadi pujaan kami, wahai Yang Maha Pengampun! dalam megutamakan dunia maka segala kebolehan dan tenaga telah kami sia-siakan, wahai Yang Maha Rahman, kami telah menyeleweng dari agamaMu yang telah menjadi kesalahan palijg besar maka ampunilah kesalahan kami yang paling besarnitu. Wahai Yang Maha Rahim, kami benar-benar telah insaf bahawa yang penyelewengan dari agamaMu telah mencampakkan kami ke dalam kancah kejahatan dan kebinasaan dan penyelewengan dari agamaMu telah melenyapkan dari kami segala rupa kebaikan yang dahulunya Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, ampunilah kami segala kesalahan kami itu, ampunilah segala kesalahan umat Muhammad s.a.w. Ya Allah, tugas yang diletakkan oleh PesuruhMu Muhammad s.a.w ke atas bahu kami telah kami campakkan dan kami telah menyerahkan agama kami kepada anasir-anasir yang tetap menjauhkan kami daripada ajaran-ajaran kekasihMu Muhammad s.a.w. Ya Tuhan Yang Maha Rahman, kasihani lah kami,t ya Allah kasihanilah kami, kasihanilah kami ya Allah...............
-doa di atas hanya permulaan dan sebenarnya ia lebih panjang lagi seperti yang dipetik dari buku berjudul 'Doa dan Zikir Rasulullah s.a.w.'