Apa sudah jadi....?
Satu perceraian pada setiap 15 minit - Jakim
PUTRAJAYA 3 Mac – Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Beliau berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.
"Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul, Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di sini hari ini.
Mashitah berkata, Jakim akan memperbanyakkan lagi program-program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga. – Bernama
---------------------
Layan 'teman maya' punca cerai
"Asyik melayan 'teman maya' di laman sosial seperti Facebook sehingga lupa kepada tanggungjawab menjadi antara punca ramai pasangan Islam di negara ini bercerai.
"Selain itu tidak serasi, poligami dan bermain 'kayu tiga' khususnya dengan orang gaji turut menyumbang kepada berlakunya perceraian.
"Perkara tersebut merupakan masalah-masalah yang sering diajukan oleh pasangan suami isteri ketika memohon untuk bercerai di Mahkamah Syariah." - Kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
-----------------
'Teman maya' di Facebook untuk pasangan diabai kasih sayang
"Golongan yang ketagih melayani 'teman maya' melalui laman sosial seperti Facebook di samping khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga mengabaikan tanggungjawab rumah tangga perlu diberi rawatan kaunseling psikologi.
"Seperti penagih dadah, golongan yang ketagihan melayani 'teman maya' juga perlu diberi rawatan psikoterapi pada peringkat awal.
"Akibat terlalu tertumpu kepada alam maya, seseorang itu secara tidak sedar telah mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga selain menjejaskan kehidupan sehariannya." - Kata Pensyarah dan Kaunselor Berdaftar di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Haslee Sharil Abdullah.