Friday, November 19, 2010

Selamat tinggal. Jumpa lagi, insya-Allah

Tanggal 20 November sudah tiba....

Masjid Seri Petaling... Lokasi bayan hidayat, insya-Allah

Doakan saya agar dipermudahkan oleh Allah segala urusan sebelum, semasa dan selepas menyempurnakan cillah tahunan ini...
Juga, doakan saya agar diterima amalan dalam hal keadaan sempurna.
Salah dan silap, dimohon kemaafan dan halalkan makan minum (kalau ada).
Selamat tinggal semua, jumpa lagi, insya-Allah.

Ooohh... sebelum terlupa.. Selamat tinggal juga kepada Johor...

Thursday, November 18, 2010

Untuk Ishak dan Umu

Ust. Ishak Zaini
Entry kali ini didedikasikan khusus untuk mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada dua bloggers iaitu Ustaz Muhammad Ishak Bin Zaini dan Umuanisah Binti Mohd Nor yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 26 Disember ini di Pahang seperti yang tertera dlm kad jemputan di bawah:






Disebabkan, insya-Allah, saya dijangka berada di jalan Allah pada tarikh tersebut, saya memohon berbanyak2 kemaafan kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut, bagaimanapun, saya dan keluarga sentiasa mendoakan kebahagiaan berkekalan buat Ishak dan Umu. (Bagaimanapun, jika roote jemaah kami ke Lanchang, maka boleh dibawa ke mesyuarat untuk hadir.)
Selain itu, terima kasih banyak2 atas jemputan, insya-Allah nanti ada rezeki kita berjumpa.

Wednesday, November 17, 2010

Selamat menyambut Aidiladha 1431

Doakan hidayat untuk umat...



Lautan umat manusia...



Dikorbankan..

Mari kita tingkatkan pengorbanan diri, masa dan harta atas maksud agama, insya-Allah

Wednesday, November 10, 2010

Suara kubur


".... Diceritakan bahawasanya ketika wafat Sayyidah Fatimah az-Zahra` binti an-Nabi SAW, jenazah baginda diusung ke tanah perkuburan oleh empat orang, iaitu Sayyidina 'Ali, Sayyidina Hasan, Sayyidina Husain dan Sayyidina Abu Dzar al-Ghifari, radhiyaAllahu 'anhum ajma`in. Tatkala jenazah baginda diletakkan di sisi kuburnya, maka berkatalah Sayyidina Abu Dzar: "Adakah engkau tahu siapa yang kami hantar kepadamu, inilah Sayyidah Fatimah az-Zahra` binti Rasulillah SAW, isteri Sayyidina 'Ali al-Murthada, bonda Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain." Lalu mereka mendengar satu seruan dari kubur tersebut berkata: "Bukanlah aku tempat (membangga-banggakan) kebangsawanan dan nasab keturunan. Bahawasanya aku tempatnya segala amal salih, maka tiada yang selamat daripadaku (yakni dari azab kubur) melainkan orang yang banyak kebajikannya, sejahtera hatinya (yakni hatinya bersih dari segala penyakit hati), dan tulus amalannya.
Allahu ... Allah, inilah jugalah pesanan Baginda Nabi SAW kepada anakanda kesayangannya tatkala hayat mereka di dunia, iaitu jangan hanya mengandalkan keturunan tetapi beramallah. Ini tidaklah bererti menafikan keutamaan dan fadhilat berketurunan mulia seumpama Sayyidah Fatimah, tetapi ianya adalah pengajaran agar jangan hanya mengandalkan kemuliaan keturunan dengan meninggalkan amal-amal salih dan membersihkan jiwa dari segala mazmumah. Ianya mendidik agar sentiasa menjejaki jalan para leluhur yang mulia agar keturunan mereka juga turut mulia sebagaimana leluhur mereka terdahulu. Sungguh pelik dan mengherankan, jika ada orang yang kemuliaan keturunan dan kebangsawanannya tidaklah melebihi atau setara dengan Sayyidah Fatimah az-Zahra`, tetapi hanya bergantung dan berbangga-bangga dengan kebangsawanannya. Bukalah mata, janganlah tertipu dengan nasab keturunan, dan apa yang penting jangan bikin malu kompeni, jangan memalukan para leluhur yang mulia. Menapaklah atas tapak-tapak kesalihan mereka, agar kamu pun akan terpimpin sebagaimana mereka yang terdahulu terpimpin menuju keredhaan Allah SWT dan menjadi penyejuk mata Baginda Nabi SAW. Moga kubur kita nanti diluaskan Allah dan dijadikanNya satu taman dari taman-taman syurga ... Allahumma aamiiin bi jaahi Sayyidil Mursalin.
*Copy paste drpd SUMBER

Sunday, November 7, 2010

Mari mengemas!

Tanggal 20 November semakin dekat, kini tempoh semakin suntuk. Banyak benda hendak dilakukan, banyak perkara yang perlu dibereskan dalam masa yang beredar begitu pantas. Mohon tuan-tuan doakan agar dipermudahkan segala urusan.
Mengemas! mengemas! mengemas!.....

Thursday, November 4, 2010

Politik

Akar politik eropah kepada dunia
PERBINCANGAN mengenai politik selalunya mendapat sambutan hangat di negara ini. Maka tidak hairan jika ada pihak yang tidak berminat terhadap politik maka ia seolah-olah tidak dapat diterima masyarakat walhal sikap itu bukanlah menyalahi undang-undang negara, waima undang-undang Islam sekali pun.
Begitupun, perlu lah kita sedar bahawa bukan bermakna orang yang tidak berminat terhadap politik, tidak tahu menahu soal politik. Justeru, posting kali ini menyentuh soal asal usul ideologi politik masakini dan dari mana asalnya ia datang.
Secara umumnya, politik atau siasah di sesebuah negara dicorakkan oleh ideologi politiknya dan di kebanyakan negara khususnya negara yang pernah dijajah, permikiran politiknya adalah seperti yang dipupuk oleh penjajah.
Disebabkan itu, kebanyakan negara serasi menggunakan ideologi politik yang susur galurnya berakar dari idea tokoh pemikir eropah moden, kerana negara eropah banyak menjadi penjajah.
Sebagaimana manusia, otaknya yakni fikirannya akan mencorakkan pergerakan dan tindakan badannya, begitu juga pemikiran atau ideologi politik ini mencorakkan apa yang diamalkan kebanyakan negara.
>Baca selanjutnya...

(*Ini artikel lama, sebab takde idea untuk entry baru jadi copy paste, lagi pun agaknya sesuai dengan keadaan semasa. Bagaimanapun perlu ditekankan di sini bahawa saya amat menghormati sesiapa saja saudara seIslam kita yang berada di mana-mana parti politik pun.)

Tuesday, November 2, 2010

Selamatkan....

UMAT Islam umpama satu badan, jika salah satu anggotanya sakit maka kesemua anggota badan yang lain turut merasai kesannya.
Demikian yang terjadi kepada umat Islam pada waktu ini yang ditimpa pelbagai bencana sama ada musibah perpecahan, peperangan, meninggalkan amalan-amalan agama dan sebagainya sehingga lah ke malapetaka berbentuk nyata seperti gempa bumi, tsunami, banjir, gunung berapi dan sebagainya.
Apa-apapun malapetaka terhadap umat Islam yang berlaku di mana-mana, tentulah kita berkongsi simpati termasuk yang terbaru terjadi kepada Indonesia apabila dilanda tsunami dan ledakan gunung berapi yang waktunya hampir-hampir serentak.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada malapetaka dan memberikan keselamatan dan kebaikan di dunia dan akhirat. Amin.

Di bawah adalah klip video lagu oleh Salman (ex-gitaris Sheila On 7)  mengisahkan mengenai bencana yang melanda di negaranya. Lagu itu berjudul Selamatkan dari album Selamatkan.






Selamatkan
Ketika alam telah kehilangan kekuatannya
Untuk melindungi kita
Kini ragam bencana melanda

Berjuta jiwa bergelimpangan di bumi tercinta
Ada tangisan dan juga jeritan
Kini bangsaku telah berduka

*Janganlah menyalahkan ketentuan-Nya
Namun ambilah hikmahnya
Tuk (untuk) sujud pada Nya

Demi kasih sayang Mu
Oo tuhanku selamatkan lah Indonesia
Dari semua bencana yang terjadi 

Demi kasih sayang Mu
Oo Ya Allah kami memohon
Kurniai kami kemampuan
Tuk (untuk) bangkit lagi menuju 
keridhoan-Mu

(ulang chorus*)

Monday, November 1, 2010

Cabaran ulama masa kini

"Hari ini, ramai dari kalangan anak-anak kita telah dihantar ke universiti di dalam dan luar negara bagi mendalami ilmu-ilmu agama. Secara zahirnya, kita sudah melahirkan para ilmuwan Islam, namun saya berpandangan ia masih belum mencapai tahap sebagai seorang ulama yang hebat. Seorang ulama yang hebat bukan sekadar terbina ilmu dengan timbunan kitab-kitab, tetapi juga perlu menempuh lautan pengalaman. Mereka bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembimbing dan penasihat. Mereka bijak membawa fatwa untuk diterjemahkan ke dalam dunia hakiki. Setiap katanya adalah mutiara bukannya kaca. Setiap geraknya adalah cerminan adab yang terkandung dalam kitab-kitab. Hidupnya untuk memandu umat bukan dipandu."
-HARUSANI ZAKARIA,
Mufti Perak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails