Posting yang terakhir...
DALAM kehidupan dunia yang sgt sementara ini, sesuatu yang bermula pasti berakhir namun yang kekal selama-lamanya abadan abada ialah kehidupan di kampung akhirat.
Maka, posting ini adalah yang terakhir....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bukan terakhir dalam berblog setakat ni, (kah kah kah...) tetapi terakhir dalam isu yang pernah ditimbulkan dlm blog ini sebelum ini iaitu di sini, sini dan sini.
Tak perlu lah ia dipanjangkan kerana boleh menyinggung sesetengah pihak walaupun saya tak berniat begitu.
Bagaimanapun, saya menganggap mesej telah berjaya disampaikan maka setakat itu, isu berkenaan tak perlu diteruskan lagi. Lebih-lebih lagi, isu yg ditimbulkan diberi respons amat menggalakkan bukan sahaja dlm dunia internet bahkan di luar internet.
Waktu ini yang nampaknya terdapat segelintir orang terpengaruh dengan aliran pemikiran yang sewenang-wenangnya melabel orang lain sebagai 'bidaah, sesat, kafir, masuk neraka, pemuja kubur, sembelihan korban jd bangkai, fadhail dicop hadis palsu...etc (aku pun pernah terkena cop salah satu tuduhan tu dlm bab hadis fadhail... kurang asyem betul) rasanya kita perlu berhati-hati dan pada masa yang sama tidak perlu pula melatah bertindak balas melemparkan apa-apa kepada pihak berkenaan.
Biar lah apa orang nak kata, nak labelkan. Biar lah hati hancur lebur dan remuk dlm mujahadah perasaan asalkan hati saudara seIslam dijaga. Sgt malang jika disebabkan blog ni, seseorang jd retak, pecah hati, kalau begitu terjadi maka....lupakan saja Ziarah76.
Niat saya ikhlas, tetapi jika ada sesiapa yg tak bersetuju maka terpulang lah. Atau jika ada yg merendah2kan blog ini, tak mengapa kerana blog ini tak pernah menganggapnya tinggi.
Jauh sekali hendak menggusarkan sesiapa, atau tidak sekali-kali hendak bercerita mengenai fiqh (satu daerah yang perlu kita berhati-hati), apa yg hendak diberitahu ialah ada bahayanya aliran pemikiran tertentu (bukan individu, tapi aliran pemikiran) jika terjebak secara ghulu. Maka posting ini diakhiri dengan artikel2 berkaitan terkini tanahair seperti di bawah:
*Memahami isu penangkapan
*Mufti Pahang sokong JAIS
*Mufti Perak sokong JAIS
*Wahabi perlu dibendung - Mufti Johor
*Waspada tajdid Wahabi
*Isu ijazah palsu oleh Malaysiakini
*Asri jawab tuduhan
(saya syorkan boleh lah baca komen2 yg bernas dlm ruang komen di bawah, tq)
Wallahualam.




18 comments:
Salam,
Saya mencadangkan saudara membuat kajian lebih tentang isu ni. Lebih adil baca dari sumber yg asal dari 2 belah pihak.
Kalau diharap dari sumber2 yg ada sekarang, saya fikir ia kurang adil buat saudara. Saya bukan menyokong mana2 pihak pun, tapi lebih mencintai kebenaran walaupun seluruh dunia menolaknya.
wallahu alam.
terima kasih tuan.
Insya-Allah.
Salam,
The later people of the Ummah will taunt and curse the former people, i.e. the latter will pass derogatory remarks at the former. As a result of this trend a large section of the people is deriding insolently the Noble Companions and are behaving in the same way with the leaders of Deen who conveyed to us the message of Deen. These elder Doctors of Deen are being blamed as being ignorant of the Ahadith and the Holy Qur'an whereas the later generations claim to have understood those sources of Islam better than the former The Holy Prophet (Sallaho Alaihe Wassallam) . also said that when these signs appear then:
(69) Red wind-storm may come from Allah, or
(70) Earthquakes may upheave the earth; or
(71 ) The people's faces may be distorted; or
Read more :
http://www.central-mosque.com/signs/signsT.htm
Kita sama2 jahil bro. Yang penting kita tak melatah dan jangan cepat melabel. Kita pun dah kena label, dan kita tau peritnya label itu. Ummah itu satu je. Perbezaan pendapat itu lumrah. Bersatu dengan maksud asal itu yang paling utama.
Ziarah76,
Bagus Bro.
Aku rasa apa yang hang masukkan ini hanya permukaan sahaja - tidak lebih dari apa yang boleh diterangkan atas kapasiti perdebatan blog. Konflik keduanya tidaklah sangat isu percanggahan fekah. Ada hal lain yang lebih besar. Tidak susah untuk mendapatkan sumbernya kalau kita rajin mencari. Salah satunya pergi berguru. Ingatan untuk diri sendiri.
takbir!!!
Aslm, tokojut den!Ingt nak bersara terusss...
Setuju dgn komen ummi...
Lately byk kebatilan yg timbul, as a muslim, malu juga lah dgn apa yg berlaku esp sekitar org2 yg dilabel ulama...ni belum fitnah dajjal...cuba kita fikir apa yg bermain di fikiran org2 bkn Islam dgn peristiwa2 ini...makin jauh mereka dari kita gaknya...itulah kalau nak ajak org masuk umah kita, tp bumbung kita senget, takut roboh hempap semua yg masuk...insyaALLAH kita usaha dan doa agar ALLAH pelihara iman kita dan ummat islam sejagat...
Yg penting keikhlasan kita dalam setiap amalan...nasihat Nabi saw kpd Muaz ra semasa Muaz ra dihantar ke Yaman mafhumnya untuk berikhlas dalam setiap amalan agamamu kerana amalan yg kecil tp ikhlas adalah memadai...
Wallahualam...
recently i received a booklet entittled Deviant of The Salafis by Mujlisul Ulema of South Africa, i think it has clarify some issues that you might want to know.
If u want a copy pls provide me your postal adress, nnt i pos.
Seperti dikatakan sblm ni bhw hari ini maybe komen Mufti Johor disiarkan dlm akhbar. haaa.. jd hari ni dah siar, maka posting dah update! boleh klik kalau nak.
ummi,
indeed the best kurun is the time of Prophet Muhammad SAW and after that, the time of Sahabah r.hum.
Ben,
ummah bersatu di bawah kalimah lailahaillah. Dakwah mafhum kalimah hapuskan jahiliyah. Ummah lihat/raikan persamaan utk penyatuan dan kembali kpd maksud.
Fakirfikir,
betul..ni x lebih dr kapisiti blog, kalau nak lebih check sendiri sbb x sesuai in detail dlm blog. Setuju.. ada hal lain yg lebih besar. Ramai boleh dirujuk, mufti2 atas tu antara yg boleh dirujuk.
T kasih, really appreciate yr comment. Aku rasa nak buat satu posting bahasa utara special utk hang!
Mra,
Allahu akbar!
umma-ali,
jgn tokojut, bykkn tahajut... jemaah masturat nak ke palembang dah siap ke belum?. Kirim salam pd amir sab.
munir,
wah wah, lama dah hang tak mengomen, amat lah dialu2kan.
Aku amat berminat dgn booklet tu, nanti aku bagi address kat blog hang. T kasih.
Terima-kasih ziarah76 kerana berkongsi berita,saya yang duk jauh-jauh ni,dapat juge khabarnye.
Kat sini, kat Paris dan dimana-mana habis diserang usaha ini oleh puak-puak salafi terutama dengan fatwa mereka usaha ni bidaah termasuk fatwa fisabilillah hanya jihad pedang, bukan dakwah atau jihad nafsu. Sampai dulu pernah usaha ini dua kali diundergroundkan, pertama biasalah dari penduduk asli sini yang memperkatakan tentang hak kebebasan, tetapi ada kalangan dia-orang buat hal seperti menghalang bina nama masjid atau cuba menghalang orang Islam mengamalkan agamanya sampai nak buat menara untuk masjid pun, kecoh dipolitikkan oleh satu parti tempatan sini yang menagih populariti murah.
Yang kedua dari puak salafi ni, walaupun masjid dia-orang hanya 2-3 masjid sahaja manakala lebih 290 masjid lain dibawah mahzab masing-masing terutamanya ahnaf (Hanafi), tapi puak salafi ni selalu buat kecuh dari bab fiqh hingga aqidah. Alhamdulillah kini slow down sedikit, semoga Allah memberi hidayat pada kita semua dan juga pada penduduk asli disini.
Kadang-kadang gusar juga tengok karkun baru yang terikut-ikut pendapat ulamak mereka seperti ada yang khuf, sapu air wuduk atas kasut, tanpa buka kasut sedangkan fiqhnya stokin kulit, bukan kasut. Ada yang jamak solat magrib dengan Isyak biarpun bilik dia atas masjid aje, ada yang berdegil pakai jacket kulit babi kerana berpendapat kulit babi tak payah samak dan seterusnya....caca-marba fiqh dibuatnya kerana masing-masing jadi mujtahid mee segera sebagaimana yang dikatakan oleh Ben.
Apa pun, doa kita, semoga aman dan semoga jangan pula usaha ni terpaksa diundergroundkan (jadi usaha makki) oleh puak salafi ni disana.
Pesan masyaik dalam masyuara eropah 3 minggu lepas diBrussel:
2 perkara - pertama kalau kita nakkan sesuatu tersebut, kita cakap banyak-banyak tentangnya (seperti tentang Iman, amal dll) dan kedua kalau kita nak tinggalkan atau tenggelamkan sesuatu tersebut, kita jangan cakap langsung tentangnya (seperti dunia dll).
Oh Allah, maafkan daku yang masih belum memahami usaha ini....
Satu lagi sheikh, kalau ada yg dikatakan Wahabi ni buat hal jgn salahkan ajaran tu. Salahkan mereka tu, mungkin lajak terlebih.
Mcm kita tengok Islam pada masa skrg ni la, takkan kita nak salahkan Islam jika penganutnya buat hal. Sama juga kita melihat pada jamaah yg lain.
Dan juga, akhir nasihat terutama utk diri saya sendiri, kalau kita berharap pada sumber sekunder utk kita paparkan pada blog kita, ada baik kita fikir berkali2 takut2 ia jadi penyambung dosa. Tak pasal2 pahala kita dikaut org, kita akan rugi nanti. Poinnya pastikan betul2 yg benar shahih2 dan disepakati oleh ilmuan agama kita.
wallahu alam. Doakan kebaikan utk saya.
Macam yg sadara zarzh kata, memang macma tulah, masaalahnya kalau tak celarkan masaalah fikh tak apa. tapi semau masaalah fikh di celarukan.
Saya ni asal perlis, MAk ayah memang tulin perlis. Mak saudara dna pak saudara ramai sangat di eprlis. La ni mereka2 ni dok pilah dengar ceramah2 geng 2 ni, tapi depa2 ni masaalahnya sebelum ni di besarkan dalam tak ada basic agama, ni cerita adik beradik sendiri noo..yg saya kenal sangat. Lagipun macam perlis tu, mana ada sekolah agama petang macam negeri lain. Jadi especially yg dulu2 di panggil geng 2 english medium.
Pak 2 sedara dan mak sedara saya ni, tak tau langsung bab hukum hakam, takat sembahyang posa, tu ja..belajaq yg kat sekolah. La ni konon depa la yg pandai, depa pi belajaq bahasa arab, depa terjemah quran sendiri, depa beli ayam kat giant, depa kata kulit babi boleh pakai terang terangan macam depa keluarkan fatwa pulak, dan depa bila bercakap macam la kita tak kenai depa ni sapa..dan sejauh mana ilmu depa ni.
jadi, hari ni kalau betui satu 2 ulamak tu maka akan betullah penerimaan ank murid akan ajarannya, tapi kalau dia kata dia tak ajaq lagu tu, tapi anak murid dok cerita kats emua org hukum dia lgu tu, macamana? Ni sebenarnya bukan masaalah yg mudah mudah atau boleh ambik mudah. Memecah belahkan satu hal, satu lagi sapa nak tanggung akan mereka2 ni punya amalan? Dan memang kalau kita cuba nak menyatakan yg benar apa yg kita nampak, mampus la kita ni kena.
Dan sesunguhnya kalau asri tu ulamak yg takutkan akan Allah dan buat perkara yg benar, kenapa nak pi telipon marina mahatdir bila nak kena tangkap..?? Mushkil, Tapi hari ni kalau kita tengok, ramai yg extream sangat adalah org english medium sebab depa ni semau besaq zaman penjajah, tapi ramailah adik2 zaman 20an, yg sekarang ni dah jadi alim dan ulamak, yg kelaur dari masrasah yg tahu menilai..dan dah akhir zaman, macma tulah..
Memang kekadang kita kena ikram, memang kekadang kita kenalah diam, tapi sesekali kena berkata2, jadi, habislah kita punya hak dah tunai, jangan nanti nak soal pulak kat akhirat kata kita tak bagitau apa yg kita tau..
Isu ni memang tak boleh habih kalau bertengkar dan berdebat, macam my husband cakap, tak guna debat, bukan derang nak dengar pun, pancung ja terus, walau dengar kasar, tapi tulah adik saya kata, kalau kat azhar Uni, memang habis kena hentam depa ni. Sebab tu masa shahidan jadi menteri besar, selalu gi Cairo, manala asri nak ikut, ni bukan cerita org lain, adik saya sendiri, malah saya dna husband pun pi cairo tidur kat rumah perlis...dah org perlis kan..Shahidan tu memnag la tak pa dgn karkun di perlis, sebab kita tak pernah kacau dia, buat masjeed (markaz perlis) pun tak minta sesen kat dia, tu dia puji memangjang karkun, tapi tanya org perlis taulah...
Zarzh,
alhamdulillah, dpt juga dengar karkuzahri usaha kat sana eropah, nampaknya anta semua terpaksa lalui mujahadah perasaan yg tinggi.
Insya-Allah kita doa lah byk2 hidayat. Ya Allah, maafkan daku juga krn tak faham lagi usaha ni.
ibnurosly,
insya-Allah sahih. Saya sebenarnya pun dah bercakap sendiri (bukan sekunder) secara terus dgn mufti Johor. Dia dah kaji lama dah isu ni, ilmunya tinggi, 1st hand source, kitab2 asal.
Tapi t.kasih krn ingatkan saya spy berhati2 ambil sumber, secara umumnya peringatan tu amat bermanfaat.
ummi,
terima kasih byk2 share pengalaman first hand source tu, betul la kata hubby akak sbb kadang2 dah tak larat nak ikram.
Posting pasal ni pun sbb nak tunaikan tanggungjawab bagitau sesuatu tentang perkara ni, lepas ni dah tak mau cakap dah sbb dah lepas tanggungjawab. (kecuali terpaksa lagi).
Saya ada gambaq asri dgn marina mahathir tu masa depa kat court tp bila nak publish dlm blog ni rasa tak sampai hati.
Kita teruskan doa la byk2. Allah lah yg membolak balikkan hati-hati manusia.
Kak, selalu2 lah komen dlm blog ni, kami amat suka membacanya!
Hello all
http://www.emotionhotkey.com/ - azithromycin chlamydia
Zithromax as an antibioticBuy Zithromax medication at very competitive price.
[url=http://www.emotionhotkey.com/]zithromax pills[/url]
Overdose symptoms include nausea, diarrhea, stomach discomfort, and vomiting.
zithromax online
Zithromax works great in case of children as well.
hahahaha..
Apa yang hang tau pasal wahabi?
Apa yang hang tau pasal salafi?
Apa itu salafi?
Apa itu wahabi?
gua salafi/wahabi rilex je..wat usaha gak..so,if lu hantam wahabi/salafi..lu mau cari gado sama gua la kan?=p
gua takde pun wat bnde2 cmtu..gua gne fiqh ibn taimiyah lagi..so,sume wahabi/salafi camtu ke?hahaha..come on la..
wahai karkun2,tak yah la nk mrapu ckp psl wahabi/salafi ni kalau tak tau..masyaikh kt india pun tak penah wat camtu,bahkan melarang lagi..
nk blaja psl wahabi/salafi, blaja dgn ulamak depa..bkn dgn rival depa..nak aku trgkn,tggu aku blk malaysia..
lg 1, belajar tgk hujah depa..jgn taklid buta..sbb tula org ckp karkun xde ilmu..sbb banyak yg taklid buta..taklid buta ni memandulkan akal..
nk argue bia dgn cara yg ilmiah..tanpa sekatan pada minda..insyaAllah, Allah zahirkan kebenaran..
patutlah gang2 salafi/wahabi ni tak ske karkun..hangpa pun sama je..duk jarah depa..adoi, mcm mane usaha nk maju bro??? asik duk ckp psl bnde yg hangpa sniri tak paham..
bagitau aku siapa ulamak khalaf or ulamak mazhab yang nak ajar kitab2 besar?At least majmuk an-nawawi untuk mazhab syafii? takde kot, kalo ade pun tak ramai..tak menyerlah..
bagitau aku siapa ulamak khalaf or ulamak mazhab yang wat tulisan2 ilmiah dekat Malaysia? depa plak tulis dengan dalil, dengan hujah2 ilmiah..
Cuba tengok ulamak2 salaf, depa ngajar trus kitab2 muktabar..riyadhussolihin an-nawawi pun dia ajar..even an-nawawi tu syafii..yg poyo ngaku syafii pun taknak ngajar or belajar riyadhussolihin..
biler gang2 salaf dah up..baru gelabah nak jawab balik..tapi stakat jawab camtu je watpe..org ramai nak belajar beb..
hehehehe...dahla, pi wat dakwah byk2..takyah citer pasal ni lagi..tak tau jgn tulis..takut jadi bnde tak baik je..
Salam tuan punya blog,
Tq lah kasi terang bahaya wahabi nih. Asalnya saya pun tak tahu dan malas nak ambik tahu, tp kalau tak ambik tahu pun senang kena tipu kan. Bila baca komen2 kat sini buat kita sedar..ooo bahaya ni.
Tapi apasal lah plak komen yg terakhir tu, cam tak betul je org tu. Dia tu org turki ke? Nampak gaya cam pandai agama tp ada 'gua lu gua lu'..hei tak pahamlah. Lagi satu karkun tu apa? Sorry tak tau. Nampak cam org sombong je ( sorry lah tuan turki ). He he..kalau dulu masa budak2, kalau ada org menyampuk cari gaduh cam ni, jawapan yg best nak kasi ialah "TAK TANYA PUN"!!!
Sorry lah tuan blog, GERAM!!! Saya baru nak paham tiba2 lak tuan turki kita menyampuk. Mengacau je.
Post a Comment