Wednesday, August 19, 2009

Bermain di masjid


Apa sudah jadi brader? Masjid jadi tempat bermain. Memang la nak buat aksi macam kat gambar atas tu susah, tapi jika orang Islam tidak komited memakmurkan masjid maka tak mustahil masjid jadi tempat aktiviti yang tidak sepatutnya. Hari ini ramai orang pandai2 pasal agama tapi keadaan masjid kita kosong, umat Islam jauh daripada rumah Allah. Walaupun umat Islam jauh daripada Allah, ramai yang tidak mentaati perintah Allah, ramai yang melakukan larangan Allah, tapi pada masa yang sama umat Islam mahu masalah-masalahnya dibantu oleh Allah. Apa cerita brader...
Tiba2 satu ketika, ada pulak pihak yang mencadangkan agar diadakan aktiviti sukan dan sebagainya di kawasan masjid bagi menarik golongan muda ke masjid dan memakmurkan masjid.
Antara yang dilakukan ialah membina gelanggang badminton, sepak takraw dan sebagainya di perkarangan masjid atau surau dengan harapan apabila mereka datang ke masjid untuk bermain maka bila masuk waktu, mereka akan berhenti dan bersolat di masjid atau surau.
Tapi secara jujurnya terjadi kah begitu?
Harapan aku, mudah-mudahan jadi begitu lah, walaupun setakat ini belum pernah nampak lagi depan mata atau dikatakan sumber-sumber yang sahih terjadi begitu.
Yang terjadi depan mata ialah:
Kes pertama: orang muda muda main badminton di gelanggang di perkarangan surau, tiba2 masuk waktu azan berkumandang. Maka apa yg mereka buat ialah berhenti sekejap, sebaik sahaja habis azan maka diorang sambung bermain, dan tak solat pun kat masjid. (mungkin solat di rumah atau mana2 lepas tu).
Kes kedua: budak2 main bola (ala futsal) di atas gelanggang badminton bila dah nak maghrib, mereka cabut... balik rumah. Bila diajak solat mereka kata baju dah basah peluh, kena mandi dulu kat rumah.
Kes ketiga: Haaa... ini banyak di BBNJ, surau jadi pusat latihan kompang dgn waktu yg biasa pejuang budaya dan warisan ini ialah satu atau dua kali seminggu (biasanya Ahad pagi). Jadi datang lah berbondong-bondong anak muda dari kanak-kanak sekolah, remaja hingga ke orang tua (jurulatih) atas maksud belajar kompang. Maka surau atau masjid jadi tumpuan.
Tapi setakat ni, yang aku nampak, muka-muka yang datang tu tak nampak pulak berjemaah solat di surau atau masjid. Walaupun mereka penduduk di situ, maka aku sangka baik mungkin waktu solat mereka ke masjid lain. Walaupun kita sangka baik kepada semua, atau mungkin mata aku yg salah sebab tak nampak, tapi pokoknya adakah tujuan asal mengadakan aktiviti sukan atau budaya berjaya menarik anak muda ke masjid untuk beribadat?
Mungkin banyak lagi kes yang boleh anda bincangkan, apa pandangan anda? Ye lah.. tapi aku tak la menentang aktiviti-aktiviti sukan.
Jawapan yang aku setuju untuk menarik orang Islam mengimarahkan masjid ialah mengikut cara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu jawapan praktikalnya sekarang ialah 5 amal masjid.

Amacam? stuju tak?

4 comments:

Unknown said...

Salam Shah,

Aku setuju dengan ketiga-tiga kes yang kau jadikan contoh tu

zarch said...

Assalam, pernah juga sembang layani suatu ketika tentang benda ni, tambahan disini tempat saya tinggal, memang lumrah terutamanya masjid dari pihak Balkan yang masjid dia seperti komplex lepak orang dia samaada muda atau tua dengan kedai kopi, kedai buku dll bersebelahan bilik solat.

Apa-apa pun, macam-macam rumusan yang keluar, ada yang sampai bertekak kerana marah pada orang hisap rokok dikedai kopi bersebelahan bilik solat, tambahan musim sejuk yang tingkap semua bertutup, pebuh masjid dengan asap rokok.

Payah nak kata tetapi dari satu segi,daripada lepak tempat lain yang lagilah haru suasana dia,baik juga lepak dekat masjid. Time jualah taqlim pun, tak payah pergi jauh-jauh, pergi aje kat sebelah bilik solat.

Eeemm... sdr Mutakalim ada tak dakwah infiradi mamat-mamat yang berkompang kat masjid tetapi tak bersolat dalam masjid tu?

- Teringat masa keluar kat Malaysia dulu, dekat masjid tempat kami keluar, ada satu parti tu..apa ke namanya, saya lupa..buat program seharian mereka dibelakang laman masjid. Melalui pembesar suara, jos-jos bahasanya tetapi waktu solat, yang hadir dari kalangan mereka hanya beberapa kerat sedang kerusi kat laman tu penuh. Mungkin kebanyakan yang datang orang luar kot,musafir, solat jamak agaknya...

Peluncur Islam said...

teringat plak masa ana keluar kat kuantan.. ada satu masjid tu ..kuat benar aktiviti bsukan shingga masuk paper mengenai sukan boling padang.. aduh sedih tgk bila ramai2 yg dtg..lps tu pulang gitu je.. alasan nak mengimarahkn rumah Allah dgn aktivt sukan .. bukannya dgn amal masjid.. hbis kawasan masjid dijadikan tmpat sukan.. alasan nak tarik org2 muda dtg masjid.. sedih2..

Ziarah76 said...

kimi,
kes yg dah jadi lumrah tu.

Zarzh,
wah2..lama tak mengomen ye, pjg pulak kali ni, tuan amat dialu-alukan. Fuh..camtu pulak cerita di sana ye. Dakwah infradi? ada la skit2...tapi sbb kelemahan saya pasal tu asbab jadi camtu kot.

peluncur,
ana pun sedih la dengar cerita tuan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails