Friday, May 8, 2009

Sidang DUN Perak

GAMBAR di atas menunjukkan karya seni bertajuk Sidang Dewan Rakyat yang dihasilkan artis kreatif tempatan dan ia dipamerkan dalam Galeri Seni IMCAS untuk tatapan umum.
Ia menunjukkan boxing glove yang disusun di atas meja. Boxing glove itu dihasilkan secara berulang menggunakan satu acuan asal sarung tangan boxing yang asli. Kreatif betul artis ini, kalau tengok dari depan mata baru tahu betapa halus seni mereka dan cukup bermesej, ketajaman dan kritis pemikiran artis.
Meja bulat tersebut adalah simbolik dalam dewan rakyat dan kerusi mungkin menggambarkan kerusi dewan dan sekelilingnya dihiasi dengan warna pelbagai bendera mungkin menggambarkan negeri-negeri yang ada sidang DUN.
Boxing glove tu tentu lah simbolik menggambarkan ahli dewan undangan negeri 'bergaduh' atau 'bertumbuk'.
Gambar ini diambil pada April lalu. Dan tentulah tiada kaitan dengan sidang DUN Perak semalam yang menyaksikan YB-YB 'bergaduh' dan 'serang-menyerang'.

-Lebih baik apolitical.

6 comments:

Unknown said...

salam...tuan,gua dah keciwa ngn politik,,,membosankan,,ada ulamak tp jd ular dalam semak,,,ada yang cerdik pandai tp belagak sombong...politik2

Dr. Bentara said...

aku tak paham apa sebenarnya dok kecoh2 ni...

Ziarah76 said...

anak pendang,
gua tak suka gaduh2 pasal tu tak mahu terlibat politik

abg ben,
cerita orang gaduh rebut kuasa macam budak2. Kita tak faham pun tak pe, takde rugi apa pun. Untung ada la... sebab kita above politic

van qif said...

salam...

"we are above politic"...macam penah dengar dialog ni, tapi kat mana yer???...

Ziarah76 said...

van qif,
raja & sultan dikatakan golongan 'above politic'. Tapi usaha agama yg hak juga above politic. Sbb tanpa mengira fahaman, semua orang Islam bersaudara dan bercita-cita mahu masuk syurga Allah.

Arrman said...

daud rahim... karkun seri iskandar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails